Nasihat-nasihat untuk para isteri dan para ibu
1) Taat pada suami
Antara
tanda-tanda diri wanita solehah itu ialah taat kepada suaminya. Taat kepada
suami merupakan tempat kedua setelah taat atau patuh kepada perintah dan
larangan Allah. Bahkan ketaatannya kepada Allah diukur sejauh mana dia dapat
menyelesaikan kewajipannya terhadap suaminya.
Rasulullah saw bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya seorang isteri belum dapat
dikatakan ia menunaikan kewajipan terhadap suaminya seluruhnya. Jika suaminya
memerlukannya,sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaann,
maka dia tidak boleh menolaknya.”
[Riwayat
Thabrani]
Dalam hadis yang lain pula
diterangkan bahawa siapa sahaja isteri yang penuh keikhlasan dalam melaksanakan
tugasnya sebagai isteri, serta beriman kepada Allah maka ia berhak memperolehi
syurga.
Rasulullah
saw bersabda:
“Jika seorang
isteri itu telah menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan dan menjaga
kemaluannya daripada mengerjakan perbuatan haram dan ia taat kepada suaminya,
maka ia akan di persilakan masuk kedalam syurga dari pintu mana sahaja yang ia
kehendaki.”
Dalam hadis
yang lain pula diterangkan:
“Apabila
seorang isteri itu telah meninggal dunia dan
suaminya redha akan dirinya, maka ia akan dimasukkan ke dalam syurga.”
Dari hadis diatas dapatlah di
simpulkan bahawa apabila seseorang isteri telah meninggal dunia, sedang waktu
hidupnya ia tidak pernah mengecewakan dan menyakiti suaminya maka, syurgalah
adalah tempat yang bakal di diaminya. Manakala bagi isteri yang mana waktu
hidupnya tidak melaksanakan kewajipannya (selagi tidak bertentangan dengan
syara`) maka ia akan memperolehi kehinaan di sisi Allah SWT.
Disediakan
oleh Baitul Mawaddah ™ 2000