Suami yang mengikut telunjuk
isteri tidak layak jadi nakhoda
Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memilih bakal-bakal suami
anak perempuan mereka dari kalangan lelaki yang baik, beragama dan berakhlah
tinggi. Sifat-sifat inilah dijadikan sifat asasi di dalam memilih bakal-bakal
suami sebelum dilihat dan dipilih pada sudut harta serta pangkat kedudukannya.
Lelaki yang miskin tetapi berakhlak mulia pada Islam adalah seorang yang kaya,
sebaliknya lelaki fasiq walaupun kaya dia pada hakikatnya miskin.
Kenapa kita mengatakan demikian ? Kerana kefasiqkan hidup
hidup akanmelesapkan harta kekayaan melalui meja-meja judi, minuman keras,
rumah-rumah urut dan kelab-kelab malam. Kesihatan juga akan terganggu dengan
berjaga malam, otak dan kekuatan diganggui oleh arak dan brandi. Hak-hak isteri
pun hilang, kesannya lebih buruk dari itu, ia bukan merosakkan kehidupan dan
kesihatan anak-anak nanti.
Masalah perkahwinanan adalah masalah penting, ia merupakan
masalah keseluruhan. Lebih lagi kepada kaum wanita membuat pemilihan suaminya
oleh kerana talak terletak di tangan mereka. Di mana mereka lelaki berhak
menceraikan isterinya apabila tidak disukai. Tetapi isteri pula tidak berbuat
demikian, apa lagi penceraiaan wanita adalah lebih mendatangkan kemuddharatan
kepada wanita berbanding dengan kaum lelaki segi sosial sebab biasanya sebarang
penceraiaan berlaku orang lebih menyangka buruk terhadap isteri. Begitu pula
perasaan malu akibat penceraian lebih dirasakan oleh wanita.
Dalam hal ini berkesempatan bertemu dengan dua orang isteri
yang mempunyai suami pada zahirnya tetapi hakikat kehidupannya mereka seperti
wanita tidak mempunyai suami. Sewaktu di alam peercintaan, sang lelaki berjanji
akan menunaikan apa sahaja hajat yang diimpikan oleh si gadis tetapi apabila
rumahtangga telah didirikan selama 5 tahun apa yang diimpikan hancur berkecai.
Sudahlah rumahtangganya terpaksa berkongsi masalah lain pula menbebani diri.
Masyarakat sekeliling menempelak inilah padahnya menumpang kasih orang. Tetapi
pada hakikatnya si isteri terpaksa makan hati ulam jantung. Terpaksa berkorban
demi kebahagiaan isteri pertama dan suami.
Senario masyarakat hari ini apabila disebut sahaja poligami,
sudah tentu pandangan negatif akan dilemparkan kepada orang kedua, ketiga dan
seterusnya. Ini disebabkan kesan daripada mereka yang tidak berjaya menjalankan
tanggungjawab sebaiknya kepada isteri-isteri dan impaknya wanita yang hadir
kemudian akan menanggung segala risiko.
Ketegasan dan keberanian seorang suami dalam menangani
permasalahan hidup amat penting untuk menjamin kebahagiaan dan ketenangan
sekeluarga. Jika seorang suami yang hidup dalam telunjuk isteri mereka tidak
layak menjadi nakhoda untuk melayari bahtera, lebih-lebih lagi untuk hidup
dalam kelompok yang mempunyai isteri lebih dari satu.
Pertengkaran dan peselisihan faham tidak boleh dielakkan
dalam hubungan suami isteri. Kita sering mendengar apabila berlaku perselisihan
faham, isteri orang yang pertama menerima kesalahan dan sekiranya suami menjadi
punca kesalahan isteri juga menanggung segala risiko.
Zaman moden telah membawa manusia jauh daripada beragama dan
meringankan risalah Allah SWT serta tidak berpegang kepada prinsip-prinsip
agama. Ini membawa kepada rosaknya sistem berumahtangga dan lemah kehidupan
berkeluarga. Maka ikatan rumahtangga menjadi ikatan sivil yang semata-mata
bertujuan mendapat keuntungan peribadi segera.
Sementara itu pemilihan pasangan hidup juga yang tidak
bersesuaian di segi moral atau material, apakah terjamin kekalnya pergaulan
antara suami isteri. Kalau dapat kekal adakah terjamin kedua-duanya dapat
kenikmatan dan kebahagiaan hidup berumahtangga ? Dan apakah pula nilai bagi
hidup berumahtangga kalau masing-masing pihak tidak mendapat kerehatan jiwa dan
pemikiran, perasaan dan sikap, malah tidak ada kerehatan hidup pada umumnya?
Akhirnya prkahwinan yang didirikan bukan atas ikatan aqidah
yang mencerminkan keimanan hanya kerana menjadi hubungan sivil dan kepentingan
dunia yang segera. Ikatan ini juga segera akan putus apabila tidak mendatangkan
manfaat yang diharap-harapkan. Dekianlah asas ini penting dan perlu bagi
membina rumahtangga yang sejahtera lagi murni iaitu dengan ikatan yang tidak
mungkin dapat dipisahkan antara satu sama lain.