SENYUM
Senyum merupakan salah satu tabiat
manusia yang mempunyai maksud tersirat dan tujuan tertentu. Jika seseorang itu
senyum sudah pasti dia dikatakan sedang mengalami sesuatu yang menggembirakan.
Senyum juga merupakan satu sifat dan akhlak yang mulia. Namun kadangkala senyuman
dilemparkan sebagai senjata untuk memikat sama ada lelaki atau perempuan. Ramai
orang jatuh hati apabila tertarik kepada senyuman. Ada juga yang tersenyum
sebagai menunjukkan reaksi sinis terhadap sesuatu yang pelik atau canggung.
Menurut seorang pakar psikologi dari
Universiti Michigan di Ann Arbor,R.B.Zajonc,memang terdapat unsur psikologi
yang dapat dihubung-kaitkan antara meluahkan perasaan gembira dengan sifat
mental yang positif. Bahagian muka manusia mempunyai otot-otot yang tersendiri
tetapi terdapat juga sesetengah orang tidak mempunyai salah satu ciri penting
seperti kemampuan melebarkan rongga mulut. Namun secara tepat fungsi sebahagian
otot tersebut masih kekal sebagai misteri. Apakah situasi yang membolehkan
seseorang itu menunjukkan reaksi dengan menunjukkan bentuk air muka dan emosi
dalaman? Sebagai contoh,patuntukah kita melemparkan senyuman bagi menghilangkan
rasa takut kepada musuh. Jika seseorang itu menghadapi masalah yang menekan
maka dengan sentiasa senyum boleh membuatkan dia gembira dan melupakan masaalah
yang dihadapi atau menyelesaikannya dengan tenang.
Secara saintifiknya,darah akan
mengalir kebahagian otak dan muka melalui saluran darah yang sama iaitu,arteri
karotid. Apabila seseorang itu senyum atau mengerut dahi,otot muka yang
melintasi bahagian tulang rahang akan menjadi tegang dan ia akan menyebabkan
darah lebih banyak masuk ke bahagian muka. Melalui proses ini,perubahan berlaku
terhadap kadar darah yang dibekalkan melalui arteri karotid iaitu saluran utama
menuju ke otak. Keadaan ini boleh melegakan mood seseorang. Teori ini juga
menjelaskan keadaan seseorang menjadi merah mukanya. Keadaan ini sebenarnya
satu tindak balas yang tidak sengaja. Orang yang menjadi merah mukanya
sebenarnya ingin lari daripada apa yang dialaminya. Contohnya,perasaan malu.
Ini terjadi apabila perjalanan darah yang dipacu oleh sistem hormon adarienalin
dalam badan telah dialih dari otak ke saluran darah dibahagian muka hingga
menyebabkan muka seseorang itu menjadi merah. Air muka yang muram menyebabkan
seseorang merasa lebih tertekan manakala air muka yang ceria membantu
menambahkan semangat. Namun begitu,keberkesanan dan kejayaan teori ini tidak
dapat dijamin sepenuhnya kerana senyum itu kadang-kadang dibuat-buat atau
disengajakan bagi melindungi perasaan marah atau kecewa.
Bagaimanapun terdapat juga alasan
yang baik untuk memastikan bahawa muka yang gembira akan merangsangkan mood
anda. Ia bukan sahaja menjadikan otak anda merasa lega tetapi turut membuat
orang lain senang dan bersedia untuk berinteraksi dengan anda.