MEMBINA KELUARGA PENYAYANG
Manusia ialah makhluk Allah
yang paling mulia di muka bumi ini. Allah mencipta manusia untuk memakmurkan
dunia dan beribadat kepadanya. Asas ciptaan manusia adalah daripada roh dan
jasad. Jiwa manusia perlu kepada agama untuk memenuhi keperluan rohani
.Perasaan beragama juga perlu untuk memenuhi kebahagiaan hidupnya. Sekiranya
perasaan ini hilang, maka terumbang-ambinglah manusia itu
tanpa tujuan dan
matlamat hidup.
Hidup manusia
bukan setakat di dunia sahaja. Mereka akan dibangkit semula di akhirat untuk
mendapat pembalasan daripada Allah S.W.T tentang amalan mereka di dunia ini.
Pembalasan itu adalah setimpal dengan kelakuan mereka semasa hidup. Ini kerana
Islam telah menetapkan peraturan dan undang-undang yang perlu diikuti oleh
manusia untuk menjadi panduan hidup mereka. Peraturan dan syariat Islam adalah
ciptaan Allah yang hanya disampaikan kepada manusia melalui para Rasul dan
Nabi. Manakala Nabi Muhammad s.a.w. pula sebagai nabi yang terakhir untuk
seluruh umat manusia di dunia hingga hari kiamat. Membina keluarga yang bahagia
dan penyayang mestilah mengikut ajaran dan panduan yang digariskan oleh agama.
Islam memberi petunjuk kepada manusia bagaimana cara membaiki keadaan hidupnya,
mengenal hak dan kewajipan dalam pergaulan, bahkan dalam segala pekerjaan
supaya manusia berbahagia dan untung di dunia dan akhirat.
Islam mendidik
manusia supaya hidup berkesopanan. Bercakap benar, berlaku jujur, malu berbuat
dosa, memenuhi tanggungjawab, memelihara amanah, berlaku adil adalah antara
contoh sikap yang baik dan berguna. lni kerana ketenteraman hidup
berjalan atas dasar-dasar yang disenaraikan tadi. Manakala perbuatan bercakap
dusta, berbuat curang, berlaku kianat, rendah budi, zalim dan melakukan
kekejaman adalah antara sifat yang boleh merosakkan pergaulan dan memutuskan
perhubungan. Pembentukan keluarga dalam Islam bermula dengan ikatan perkahwinan
antara lelaki dan perempuan secara sah mengikut hukum Islam itu sendiri.
Apabila rumah tangga itu dibina dengan sempurna dan sah, maka ia mendapat
keredhaan dan berkat dari Allah S.W.T. Banyak rumah tangga yang dibina tanpa
mengikut landasan agama menemui kehancuran dan kegagalan seperti kahwin lari
tanpa restu keluarga atau pasangan yang cetek pengetahuan tentang agama.
Untuk memupuk
keharmonian hidup berumahtangga, setiap suami isteri hendaklah mematuhi
dasar-dasar hukum yang digariskan oleh Islam agar terhindarlah perkara-perkara
yang tidak diingini. Islam telah mengingatkan bahawa isteri adalah amanah
daripada Allah dan hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya. Bagi pihak isteri
pula, Allah telah menegaskan bahawa mereka wajib mentaati suami mereka pada jalan
Allah dan haram bau Syurga sekiranya mereka menderhaka terhadap suami selagi si
suami patuh dan taat kepada landasan hukum Islam.
Hubungan yang
baik antara anak dan ibu bapa akan membawa ke arah keluarga yang bahagia. Islam
telah memberikan perhatian yang penting ke atas dua pihak berkenaan. Agama
mewajibkan anak-anak mentaati kedua orang tuanya. Sabda Rasulullah yang
bermaksud: "Syurga di bawah tapak kaki ibu".
Anak-anak harus
menumpahkan kasih sayang kepada kedua ibu bapa sekalipun ibu bapa kafir dan
ingkar terhadap Allah, namun mereka berhak mendapat penghormatan daripada
anak-anak mereka. Ini kerana daripada mereka berdualah lahirnya anak-anak ke
dunia ini. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka yang beragama Islam dalam
urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras kita
mencela atau memarahi mereka dengan bahasa yang kasar. Kita haruslah menasihati
mereka dengan baik dan sopan.
Betapa berat soal
anak-anak menghormati ibu bapa, berat lagi tanggung jawab ibu bapa mendidik
anak-anak mereka ke jalan diredai Allah S.W.T. Ibu bapa wajib memberikan
pendidikan yang betul kepada anak-anak mereka. Tanpa bekalan ilmu untuk dunia
dan akhirat, anak-anak akan hidup terumbang-ambing. Kecuaian ibu bapa
memberikan pendidikan agama yang sepatutnya, maka timbulah gejala sosial kepada
anak-anak seperti budaya lepak, bohsia yang melanda negara kita sekarang ini.
lbu bapa merupakan model kepada anak-anak. Oleh itu ibu bapa perlulah
berkelakuan yang sopan dan mulia. Tingkah laku mereka mudah menjadi perhatian
dan ikutan anak-anak. Dampingilah anak-anak dengan memberikan kasih-sayang yang
sempurna. Luangkan masa untuk berbincang tentang masalah mereka. Anak-anak
perlu diberikan kasih sayang dan perhatian. Sekiranya diabaikan tanggung jawab
ini, jiwa anak-anak akan merasa kekosongan dan mereka tidak diperlukan oleh ibu
bapanya. Mereka akan mencari sesuatu yang dapat memenuhi jiwa mereka di luar
rumah. Akibatnya ramai yang tercebur ke kancah maksiat dan dadah, maka porak
perandalah keluarga tersebut. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;
"Hak anak atas bapanya, supaya membaikkan akhlaknya dan membaikkan
namanya ".
Kewajipan ibu
bapa ialah membentuk peribadi anaknya selaras dengan tuntutan Allah S.W.T. Ini
akan membahagikan hidup mereka di dunia dan akhirat. Apabila jiwa anak-anak
telah ditanam dengan taqwa dan keimanan Islam, maka kasih sayang dan hormat
menghormati wujud dalam keluarga tersebut. Ibu bapa wajib memberikan ilmu dunia
dan akhirat kepada anak-anak mereka. Anak-anak yang berilmu dan beriman akan
sentiasa mengingati ibu bapa mereka apabila mereka telah tua atau pun telah
meninggal dunia.
Sabda Rasuluilah
s.a.w yang bermaksud;
"Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya
kecuali tiga perkara sahaja iaitu sedekah yang berkekalan, ilmu yang boleh
dimanfaatkan dengannya dan doa daripada anak-anak yang soleh".
Islam juga
menganjurkan supaya kita mempunyai hubungan yang baik sesama individu.
Sabda Rasullullah
yang bermaksud;
"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai saudaranya
sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. "
Nabi s.a.w
bersabda lagi yang bermaksud;
"Yang paling baik di antara kamu ialah yang baik pergaulannya
terhadap keluarganya".
Anak-anak
perlulah dididik dengan pergaulan yang baik sesama mereka. lbu bapa mestilah
berlaku adil dalam melayani kerenah anak-anak mereka supaya terhindar perasaan
dengki, iri hati dan dendam. A nak-anak yang lebih kecil hendaklah rnenghormati
abang yang lebih tua. Manakala abang mestilah bertolak ansur dengan adik-adik
mereka. Apabila sikap ini dapat ditanam dalam diri anak-anak, tiadalah
permusuhan dan perbalahan dalam keluarga dan mereka saling sayang dan
menyayangi antara satu dengan lain. Aman tenteram dan berbahagialah keluarga
tersebut Islam amat mengambil berat dalam membentuk keluarga yang penyayang.
Hidup dalam bahagia dan aman sentiasa serta saling tolong menolong antara satu
sama lain. Islam telah menggariskan panduan untuk menunjuk ke arah tersebut.
Oleh itu membina keluarga yang penyayang dan harmoni maka kita mestilah
mengikuti landasan agama.