SALAH satu aspek penting dalam
persiapan untuk melalui hidup secara Islam adalah menyediakan rumah tangga kita
supaya menjadi rumah tangga Muslim. Rumah tangga yang mempunyai ciri-ciri
keislaman yang sebenar sahaja boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan
tarbawi (bercirikan tarbiah Islam), melahirkan kasih sayang, hormat menghormati
serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.
Rencana ini cuba membincangkan persoalan rumah tangga Islam
dan kedudukannya dalam pembentukan generasi anak yang bakal memikul taklif
(tanggungjawab) Islam. Rencana ini akan menumpukan perbincangan kepada
beberapa aspek komunikasi dalam rumah tangga tersebut.
Pandangan Islam mengenai pembinaan rumahtangga.
Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai tajuk ini,
mari kita fahami pengertian rumahtangga atau keluarga Muslim. Keluarga Muslim
ialah keluarga yang meletakkan segala aktiviti pembentukan keluarganya sesuai
dengan syari'at Islam.
Berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah, terdapat beberapa tujuan
penting pembentukan rumah tangga Muslim ini, iaitu:
(a) mendirikan
syari'at Allah dalam segala urusan rumah tangga.
(b) mewujudkan ketenteraman dan ketenangan jiwa dan roh
"Dialah Yang Menciptakan kamu dari diri yang satu dan
daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya"
(al- A'raaf.. 189)
Di dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT telah berfirman
yang maksudnya:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia
menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu supaya kamu cenderung dan
merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa mawaddah dan
rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda bagi
kaum yang berftkir. "
AI-Qurtubi telah mencatatkan komentar lbn Abbas mengenai
'mawaddah' yang dijelaskan sebagai 'cinta kasih seorang lelaki kepada isterinya
dan 'rahmah' pula bermaksud 'rahmatnya agar isterinya jangan sampai menderita
atau mengalami kesusaban'. Di sini dapat disimpulkan bahawa pembentukan
rumah tangga Muslim itu diasaskan di atas 'mawaddah' dan 'rahmah'.
Suasana rumahtangga yang dibina di atas dasar cinta dan
kasih sayang yang suci akan mententeramkan dan memberi ketenangan kepada jiwa
dan roh dalam kehidupan pendakwah. Dalam hal ini tiada contoh yang lebih
baik dan tepat daripada rumah tangga Rasuluillah SAW yang dibina bersama denga
Saidatina Khadijah, terutama ketika menghadapi cabaran dan pengalaman baru yang
memerlukan sokongan padu serta keyakinan tanpa sebarang keraguan si isteri.
Anak-anak yang dibentuk dalam suasana 'mawaddah' dan
'rahmah'akan menghasilkan peribadi yang bahagia, yakin diri, tenteram, kasih
sayang serta jauh daripada kekacauan serta penyakit batin yang melemahkan
peribadi.
(c) mewuiudkan sunnah Rasuluilah
dengan melahirkan anak-anak soleh
sehingga umat manusia merasa bangga
dengan kehadiran kita.
(d) memenuhi keperluan cinta kasih
anak-anak. Ketidakseimbangan atau ketandusan cinta kasih ini akan
menyebabkan penyimpangan akhlak dan perilaku.
Di dalam perkahwinan dan pembentukan rumah tangga Muslim,
Islam tidak menyempitkan tujuan perkahwinan kepada hanya untuk mendapatkan
anak-anak soleh (walaupun ini adalah antara tujuan perkahwinan), untuk
mengekang padangan dan menjaga kemaluan (walaupun ini juga menjadi matlamat
perkahwinan) dan bukan juga bertujuan untuk menyalurkan nafsu secara syar'i
sahaja, sebaliknya Islam telah menentukan matlamat yang lebih tinggi, mulia dan
jauh jangkauannya. la berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad serta
pelaksanaan amal Islam yang luas.
Walaupun matlamat terpenting dalam perbentukan rumah tangga
Muslim ialah untuk menyediakan suasana dan persekitaran yang subur bagi
mendidik anak-anak, Islam telah menentukan bahawa tuiuan utama kesinambungan
zuriat mempunyai kaitan dengan matlamat dakwah dan jihad. Tujuan ini
dapat difahami menerusi beberapa ayat al-Quran. Antaranya ayat yang
menggambarkan doa Nabi Zakaria yang berhajat kepada anak baqi mneruskan
kewajipan dakwah yang dipikulnya. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Ya
Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau. Anugerahkan
aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Yaaqub." (Maryam: 5-6)
Peristiwa yang dirakamkan di dalam al-Quran itu menunjukkan
bahawa seorang pendakwah juga berhajatkan anak seperti manusia lain, tetapi
hajatnya lebih mulia kerana ia menghendaki anaknya mewarisi tugas dakwah dan
jihad yang dipikulnya. Aspek ini penting kerana perjalanan dakwah dan
pertarungan dengan jahiliyah memerlukan masa yang panjang. Oleh itu,
dengan adanya pewaris yang meneruskan perjuangan, dapatlah dipastikan, insyaAllah,
perjuangan itu tidak mati di pertengahan jalan kerana pupusnya pendokong
perjuangan tersebut.
Pelaksanaan pendidikan Islam dalam rumahtangga Muslim.
Salah satu ciri penting yang membezakan rumah tangga Muslim
dengan rumahtangga bukan Muslim ialah pelaksanaan pendidikan Islam yang sebenar
di dalamnya. Para pendakwah dituntut supaya memberi perhatian serius
mengenai perkara itu. Anggota keluarga yang tidak mendapat pendidikan
Islam atau yang lebih parah lagi jika pendidikan mereka terus terabai, mereka
bukan sahaja tidak mampu menyambung perjuangan Islam tetapi mungkin merencat
dan menjadi penghalang perjuangan itu.
Pendidikan anggota keluarga dimulakan dengan pendidikan
isteri. Pendidikan ini bermula dengan pemilihan yang dibuat di atas dasar
keimanan dan keislamannya. Pendidikan isteri sangat penting diberi perhatian
kerana isteri memainkan peranan yang paling besar dalam pendidikan anak. Anak
sulung pula merupakan tumpuan kedua selepas isteri kerana isteri dan anak
sulung (bapa juga tidak terkecuali) merupakan qudwah (contoh teladan) kepada
anak-anak yang lain. Seandainya pendidikan isteri dan anak sulung terabai
mereka tidak mungkin mampu menjadi teladan yang baik kepada anggota yang lain
di dalam keluarga.
Keseimbangan di dalam rumahtangga.
Berumahtangga bagi seorang Mukmin ialah untuk melaksanakan
perhambaan kepada Allah, bukan menghalanginya daripada tugas utama itu.
Bagaimanapun ada banyak ujian dan fitnah di dalam rumah tangga. Salah
satu ciri penting yang perlu wujud dalam rumah tangga Islam adalah keseimbangan.
Golongan yong beriman perlu
bersungguh-sungguh untuk melahirkan keseimbangan ini kerana telah ramai
golongan yang gugur daripada jalan yang penuh keberkatan ini kerana gagal
melahirkan keseimbangan ini dan mendidik isteri serta anak-anak menerima
keseimbangan ini.
Secara fitrahnya manusia mempunyai pelbagai keinginan
hidup. Antara keinginan itu ialah keinginan kepada harta, pasangan hidup,
memiliki harta (seperti rumah dan kenderaan), hidup selesa, berehat serta
bersenang. Keinginan ini tidak salah selagi wujud keseimbangan dengan
tuntutan Allah. Suasana persekitaran akan merangsang keinginan ini ke
satu tahap yang mungkin menyebabkan seseorang pendakwah mengabaikan tuntutan
Islam atau terus mengetepikan hak-hak Allah dalam kehidupannya. Sebagai
contoh, setiap orang mempunyai kecenderungan memiliki harta tetapi
kecenderungan itu perfu diimbangi dengan tuntutan mengeluarkan infaq di jalan
Allah. Begitu juga dengan kecenderungan untuk untuk berehat di rumah
bersama isteri dan anak-anak diimbangi dengan kekuatan tajarrud di dalam
jiwa. Rifa'i Sirur di dalam bukunya 'Baitul Dakwah' mendefinisikan
'tajarrud' sebagai 'memiliki sesuatu tetapi sanggup mengorbankannya atau
bersabar dengan kehilangan'.
Dakwah terpancar daripada rumahtangga Muslim.
Dr Abdul Mufa'al Muhammad al-Jabari di dalam bukunya,
'Identifi Rumah Tangga Muslim' menulis, di antara ciri wujudnya identiti rumah
tangga Muslim ialah kewajipan berdakwah mestilah terlaksana dalam rumah tangga
itu. Ini bermaksud angota rumah tangga - suami, isteri dan anak-anak -
menjalankan usaha dakwah kepada teman-teman, saudara mara mahupun jiran
tetangga.
Suami Muslim yang soleh perlu melalui proses pendidikan dan
terus menerus mendidik dirinya sebagai pendakwah contoh kepada angota
keluarganya. Kesibukan di dalam kehidupan sehariannya biarlah berhubung
kait dengan dakwah yang telah menjadi darah dagingnya. lsteri dan anak-anak
perlu dididik mengenai tanggungjawab dakwah. Mereka hendaklah disediakan
untuk memikul tugas dakwah.
Terdapat ramai juga pendakwah yang sangat aktif di medan
dakwah tetapi roh dakwah tidak wujud di dalam rumah tangganya sehingga bukan
sahaja isteri dan anak tidak memberi sokongan kepada perjuangannya, bahkan
mereka menjadi penghalang utama, mengusutkan fikiran dan menekan perasaan
pendakwah sehingga akhirnya pendakwah berkenaan meninggalkan perjuangannya.
Atas sebab inilah da'wah dan pendidikan perlu dilaksanakan
di dalam rumah tangga secara terancang dan berterusan. Anak dan isteri
perlu dibimbing peringkat demi peringkat dan tahap demi tahap untuk menjadikan
dakwah Islam sebati dengan kehidupan mereka.
Dipetik daripada Majalah