PETUA MENAWAN HATI SUAMI
1. Nyatakan dengan hikmah kepada
suami jika tidak menyukai pilihan suami. ( pakaian, tempat makan, lauk pauk,
tempat bercuti, dsb )
Adam: Banyak sang suami yang tidak
suka ditegur, pantang ia kena tegur. Kalau nak pakai jubah hijau dan seluar
jerut putih dah tak boleh cakap apa dah..kalau nak ke bangsar nak makan sup
lidah, sanggup pandu dari Ampang Hilir.
Ini rahsia untuk sang isteri..puji
suami dulu kemudian baru tegur...Contoh.." jubah hijau abang tu kena betul
dengan seluar putih, nampak segak....T A P I kalau jubah putih dan seluar putih
dan serban putih lagi molek kalah Tok Imam " bukan apa saya dah terkena
banyak kali dah nak tarik muka masam pun tak jadi..
2. Tunjukkan simpati dan tolong suami
mencari sesuatu jika dia terlupa di mana dia letakkan barangnya.
Adam: Ini kes berat, kunci hilang !,
stokin hilang, jam hilang, fail hilang ! Sebenarnya bukan hilang tapi letak
salah tempat kemudian lupa tempat mana disimpan. Nak mudahkan cerita, buat satu
sudut khas untuk suami lunggukkan barang barang. Kalau ada yang salah tempat
sila cari di tempat yang paling tidak logik...kunci dalam peti ais, fail dalam
almari bilik air, jam dalam bilik air....Tolong cari dengan diam diam...kalau
waktu cari barang mulut bising...alamat lagi lama masa yang diperlukan atau
langsung tak jumpa..
3. Berkongsi perasaan negatif dengan
suami secara terbuka dengan tidak menyalahkan suami.
Adam: ini saya tak setuju sikit,
kalau betul salah suami maka mesti disebuntukan jam tu jugak, jangan simpan
dalam hati. Kalau orang lain yang salah, kalau suami rajin nak dengar maka ceritakanlah
pada suami.
4. Jangan menyuruh suami melakukan
sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar
hati.
Adam: " Memanglah saya nak buang
sampah ni tak payah lah sebut 10 kali" Hilang pahala nak buang sampah
malam tu.. Kadang kadang perlu juga disebut sebut sebut kalau tidak maka tak
akan dibuat. Contohnya membaiki sesuatu didalam atau diluar rumah. Pandai
pandailah berhikmah. "Bilik air tu dah lama leaking tu, kan dah membazir,
kan kerja setan membazir, dah kena bayar pada kerajaan, awak kan penyokong
besar kerajaan, suka bayar bil banyak banyak" kalau tak dibaiki juga, maka
panggillah tukang paip...
5. Elakkan dari membuat suami merasa
tidak mampu / tidak layak / atau tidak berkebolehan.
Adam: ini pantang tok nenek..Ini juga
boleh jadi gaduh besar perang dua tiga hari..."Aku dah beli rumah besar,
kereta besar, t.v besar, rantai gelang besar, komputer besar, awak pun dah
besar nak apa lagi......" Ini dah jadi bunga tahi ayam kata seorang
sahabat. Salah satu ciri ciri isteri yang solehah ialah mengelakkan benda benda
ni..
6. Kebanyakan suami merasa seronok
dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu isteri harus sanggup
berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas dari suami. Kebanyakan suami
memang kurang bercakap dengan isteri.
Adam: Ini asyik duk bergebang di
telepon memanjang saja, kayalah telekom dan mobikom...Macamana nak duduk
berkomunikasi kalau seorang asyik baca majalah dan seorang lagi bergayut di
telepon dan geng geng sibuk main computer games..
7. Jangan cabar suami.
Adam: Ini kena tengok tempat dan
keadaan. " Saya cabar awak basuh lantai lagi bersih dari saya" Kalau
lantai tak berkilat macam cermin, jangan panggil aku Panglima Adam...huh"
Cik cabar Abang upgrade ke Pentium 233, 56K modem, laser printer dengan flat
bed scanner..." Ini dah mengarut dah..ni.
8. Bila berselisih faham / berkrisis
/ bertengkar dengan suami, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit
perkara yang lalu.
Adam: Ini amat susah dang bini nak
buat..semua cerita pasal raya tahun 87 pun keluar, kisah perang zaman Tok Kaduk
pun keluar. Ini sebab kalau bini marah kena keluarkan dan dilepaskan dikala itu
juga supaya cerita cerita purba tidak lagi terbit. Kalau terbit jugak "
Stop stop,kita dah gaduh pasal tu tak boleh sebut sebut lagi...perbahasan
sekarang ialah pasal Suharto yang ingat dia macam Sultan dan raja....bla bla
9. Beri dan perbaharui kepercayaan
kepada suami sepenuhnya setiap
masa. Jangan suka mengenang "rekod lama" dan jangan melabel suami
berdasarkan rekod tersebut.
Adam: Sama seperti no 8 diatas. Tak
tahu lah apa sebab..mungkin dah jadi budaya kita...memang susah nak puji memuji
diantara laki bini..Macam nak keluarkan emas dari mulut. " Syukur
Alhamdulillah abang tak sesat dariiving kali ni di........." puji puji
jangan tak puji.
10. Jangan engkar mengenai apa yang dipersetujui. Suami akan
berkecil hati bila isteri menyatakan / mempamerkan persetujuan tapi tidak
bertindak mengikut apa yang telah dipersetujui bersama.