TANGGUNGJAWAB TERHADAP ISLAM

 

“Sesungguhnya Deen di sisi Allah ialah Islam. Tiadalah berselisih orang-orang yang telah didatangkan kitab melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kepada mereka , kerana saling berdengki-dengkian di antara mereka. Barangsesiapa yang kufur dengan ayah-ayah Allah maka sesungguhnya Allah bersegera menghisabnya.”.[3:19] Sila rujuk kembali

 

Marilah kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana masih memberi kesempatan kepada kita untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. Ingatlah wahai temanku, bila-bila masa sahaja Allah berhak mencabut Nyawa kita. Mahu atau tidak, redha atau tidak bukanlah hak kita. Pada kesempatan Tazkirah kali ini, ana akan cuba membawa persoalan berhubung peranan kita sebagai mukmin dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Firman Allah yang mafhumnya:

 

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dikeluarkan/dibangkitkan/dilahirkan untuk (kemaslahatan) manusia, kamu menyuruh(mengajak) manusia kepada ma’ruf dan kamu mencegah dari mungkar dan kamu beriman kepada Allah”. [ 3: 110] Sila rujuk semula

 

Dalam ayat di ayat Allah SWT telah mengiktiraf akan ketinggian dan kemuliaan kaum muslimin sebagai “khaira Ummah”. Pengiktirafan ini berdasarkan kepada sifat-sifat yang telah dinyatakan di dalam ayat tersebut iaitu :

 

                1)Menyeru/mengajak/menyuruh manusia kepada ma’ruf

                2)Mencegah manusia daripada mungkar

3)Beriman kepada Allah secara kaffah dengan menyedari akan adanya “idrok silla bilLah” akan setiap perbuatan dan tindakan kita di dalam menjalani kehidupan ini.

 

Daripada ayat-ayat tersebut juga kita dapat mengambil kesimpulan akan perlunya usaha dakwah untuk menyeru manusia untuk menerapkan hukum Allah di muka bumi ini secara keseluruhanNya dari soal ibadah khusus hinggalah kepada soal hubungan luar negara. Begitu juga perintah ini tidak mengabaikan pula akan hal untuk mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran di muka bumi ini. Tanpa kedua-dua aspek “seruan” ini,  masalah yang kita hadapi tidak akan selesai. Inilah peranan sebenar kaum muslimin sebagai salah satu usaha kita untuk mendapat mardhatillah. Firman Allah yang mafhumnya

 

“Dan tidak Kami jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk menyembahKu”. Ayat ini jua mempunyai kaitan dan dapat dihubungkan dalam menyebarluaskan Risalah Islam di muka bumi ini.

 

Sebagai penegasan akan peri pentingnya usaha dakwah ini, Allah telah berfirman dalam Kitab Suci Al-Quran yang mafhunNya:

 

“Dan hendaklah ada di antara  kamu, satu golongan yang mengajak manusia kepada kebaikan, menyuruh kepada ma’ruf  dan mencegah daripada kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang menang.”[3:104] sila rujuk kembali

 

Sekiranya kita melakukan apa yang telah Allah nukilkan di dalam firmanNya ini maka barulah kita layak untuk mendapat pengiktirafan sebagai “khaira Ummah”. Tapi seruan bagaimanakah yang harus kita sampaikan kepada seluruh ummat ? Adakah seruan yang hanya mengajak kepada melakukan ibadah ritual semata atau seruan untuk memisahkan kehidupan dan Deen ? Adakah seruan ini seruan berbentuk reformasi yang mengutamakan pembaharuan tanpa melihat akan kedudukanNya di dalam syara’ ? Adakah seruan ini termasuk bentuk seruan kepada Nasionalisme, Patriotisme(wataniyah) atau seruan kepada pelaksanaan perkara yang selain daripada Islam ? . Jawapan bagi kesemua persoalan ini, Bukan ! Seruan yang sebenarnya adalah seruan yang menghala kepada ISLAM secara total tanpa kompromi dari yang lain kerana ISLAM telah cukup dan sempurna untuk mengatur segala urusan manusia dari soal terkecil hinggalah soal yang terbesar. Begitu jua dengan soal penyelesaian kepada masalah sejagat. Para penguasa sering menggunakan penyelesaian selain daripada Islam. Kita menolak penyelesaian secara Islami dan menerapkan penyelesaian selain Islam. Kita lebih takut untuk melanggar ketetapan kufur daripada ketetapan Allah. Jadi., bentuk-bentuk seruan kepada ISLAMlah yang seharusnya kita  laungkan. ISLAM adalah penyelesaian bagi setiap Uqdatul Kubra (persoalan terbesar) manusia!

 

Sebagai kesimpulannya, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk terus berusaha demi mengembalikan kehidupan Islam yang telah lama hilang. Renunglah diri kita dan lihatlah kekuasaanNya. Bersamalah kita melibatkan diri dalam usaha dakwah agar mendapat mardhatillah. Dengan pedoman-pedoman Rabbani, dan apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai panduan kita dalam “berusaha”, kita berharapkan agar saff Harakah Islamiyyah dan dakwah akan berjalan dengan cara penuh hikmah dalam usaha kita menyeru manusia untuk kembali kepada landasan Islam yang sebenar menuruti langkah-langkah yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah dengan kata lain metod yang kita tempoh tidak bersalahan dengan thariqah yang telah diprtontonkan oleh Rasulullah. Semoga kita termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Ingatlah janji Allah itu benar!