Make your own free website on Tripod.com

Suami yang mengikut telunjuk isteri tidak layak jadi nakhoda

 

Adalah menjadi kewajipan ibu bapa memilih bakal-bakal suami anak perempuan mereka dari kalangan lelaki yang baik, beragama dan berakhlah tinggi. Sifat-sifat inilah dijadikan sifat asasi di dalam memilih bakal-bakal suami sebelum dilihat dan dipilih pada sudut harta serta pangkat kedudukannya. Lelaki yang miskin tetapi berakhlak mulia pada Islam adalah seorang yang kaya, sebaliknya lelaki fasiq walaupun kaya dia pada hakikatnya miskin.

 

Kenapa kita mengatakan demikian ? Kerana kefasiqkan hidup hidup akanmelesapkan harta kekayaan melalui meja-meja judi, minuman keras, rumah-rumah urut dan kelab-kelab malam. Kesihatan juga akan terganggu dengan berjaga malam, otak dan kekuatan diganggui oleh arak dan brandi. Hak-hak isteri pun hilang, kesannya lebih buruk dari itu, ia bukan merosakkan kehidupan dan kesihatan anak-anak nanti.

 

Masalah perkahwinanan adalah masalah penting, ia merupakan masalah keseluruhan. Lebih lagi kepada kaum wanita membuat pemilihan suaminya oleh kerana talak terletak di tangan mereka. Di mana mereka lelaki berhak menceraikan isterinya apabila tidak disukai. Tetapi isteri pula tidak berbuat demikian, apa lagi penceraiaan wanita adalah lebih mendatangkan kemuddharatan kepada wanita berbanding dengan kaum lelaki segi sosial sebab biasanya sebarang penceraiaan berlaku orang lebih menyangka buruk terhadap isteri. Begitu pula perasaan malu akibat penceraian lebih dirasakan oleh wanita.

 

Dalam hal ini berkesempatan bertemu dengan dua orang isteri yang mempunyai suami pada zahirnya tetapi hakikat kehidupannya mereka seperti wanita tidak mempunyai suami. Sewaktu di alam peercintaan, sang lelaki berjanji akan menunaikan apa sahaja hajat yang diimpikan oleh si gadis tetapi apabila rumahtangga telah didirikan selama 5 tahun apa yang diimpikan hancur berkecai. Sudahlah rumahtangganya terpaksa berkongsi masalah lain pula menbebani diri. Masyarakat sekeliling menempelak inilah padahnya menumpang kasih orang. Tetapi pada hakikatnya si isteri terpaksa makan hati ulam jantung. Terpaksa berkorban demi kebahagiaan isteri pertama dan suami.

 

Senario masyarakat hari ini apabila disebut sahaja poligami, sudah tentu pandangan negatif akan dilemparkan kepada orang kedua, ketiga dan seterusnya. Ini disebabkan kesan daripada mereka yang tidak berjaya menjalankan tanggungjawab sebaiknya kepada isteri-isteri dan impaknya wanita yang hadir kemudian akan menanggung segala risiko.

 

Ketegasan dan keberanian seorang suami dalam menangani permasalahan hidup amat penting untuk menjamin kebahagiaan dan ketenangan sekeluarga. Jika seorang suami yang hidup dalam telunjuk isteri mereka tidak layak menjadi nakhoda untuk melayari bahtera, lebih-lebih lagi untuk hidup dalam kelompok yang mempunyai isteri lebih dari satu.

 

Pertengkaran dan peselisihan faham tidak boleh dielakkan dalam hubungan suami isteri. Kita sering mendengar apabila berlaku perselisihan faham, isteri orang yang pertama menerima kesalahan dan sekiranya suami menjadi punca kesalahan isteri juga menanggung segala risiko.

 

Zaman moden telah membawa manusia jauh daripada beragama dan meringankan risalah Allah SWT serta tidak berpegang kepada prinsip-prinsip agama. Ini membawa kepada rosaknya sistem berumahtangga dan lemah kehidupan berkeluarga. Maka ikatan rumahtangga menjadi ikatan sivil yang semata-mata bertujuan mendapat keuntungan peribadi segera.

 

Sementara itu pemilihan pasangan hidup juga yang tidak bersesuaian di segi moral atau material, apakah terjamin kekalnya pergaulan antara suami isteri. Kalau dapat kekal adakah terjamin kedua-duanya dapat kenikmatan dan kebahagiaan hidup berumahtangga ? Dan apakah pula nilai bagi hidup berumahtangga kalau masing-masing pihak tidak mendapat kerehatan jiwa dan pemikiran, perasaan dan sikap, malah tidak ada kerehatan hidup pada umumnya?

 

Akhirnya prkahwinan yang didirikan bukan atas ikatan aqidah yang mencerminkan keimanan hanya kerana menjadi hubungan sivil dan kepentingan dunia yang segera. Ikatan ini juga segera akan putus apabila tidak mendatangkan manfaat yang diharap-harapkan. Dekianlah asas ini penting dan perlu bagi membina rumahtangga yang sejahtera lagi murni iaitu dengan ikatan yang tidak mungkin dapat dipisahkan antara satu sama lain.