SENYUM

 

Senyum merupakan salah satu tabiat manusia yang mempunyai maksud tersirat dan tujuan tertentu. Jika seseorang itu senyum sudah pasti dia dikatakan sedang mengalami sesuatu yang menggembirakan. Senyum juga merupakan satu sifat dan akhlak yang mulia. Namun kadangkala senyuman dilemparkan sebagai senjata untuk memikat sama ada lelaki atau perempuan. Ramai orang jatuh hati apabila tertarik kepada senyuman. Ada juga yang tersenyum sebagai menunjukkan reaksi sinis terhadap sesuatu yang pelik atau canggung.

 

Menurut seorang pakar psikologi dari Universiti Michigan di Ann Arbor,R.B.Zajonc,memang terdapat unsur psikologi yang dapat dihubung-kaitkan antara meluahkan perasaan gembira dengan sifat mental yang positif. Bahagian muka manusia mempunyai otot-otot yang tersendiri tetapi terdapat juga sesetengah orang tidak mempunyai salah satu ciri penting seperti kemampuan melebarkan rongga mulut. Namun secara tepat fungsi sebahagian otot tersebut masih kekal sebagai misteri. Apakah situasi yang membolehkan seseorang itu menunjukkan reaksi dengan menunjukkan bentuk air muka dan emosi dalaman? Sebagai contoh,patuntukah kita melemparkan senyuman bagi menghilangkan rasa takut kepada musuh. Jika seseorang itu menghadapi masalah yang menekan maka dengan sentiasa senyum boleh membuatkan dia gembira dan melupakan masaalah yang dihadapi atau menyelesaikannya dengan tenang.

 

Secara saintifiknya,darah akan mengalir kebahagian otak dan muka melalui saluran darah yang sama iaitu,arteri karotid. Apabila seseorang itu senyum atau mengerut dahi,otot muka yang melintasi bahagian tulang rahang akan menjadi tegang dan ia akan menyebabkan darah lebih banyak masuk ke bahagian muka. Melalui proses ini,perubahan berlaku terhadap kadar darah yang dibekalkan melalui arteri karotid iaitu saluran utama menuju ke otak. Keadaan ini boleh melegakan mood seseorang. Teori ini juga menjelaskan keadaan seseorang menjadi merah mukanya. Keadaan ini sebenarnya satu tindak balas yang tidak sengaja. Orang yang menjadi merah mukanya sebenarnya ingin lari daripada apa yang dialaminya. Contohnya,perasaan malu. Ini terjadi apabila perjalanan darah yang dipacu oleh sistem hormon adarienalin dalam badan telah dialih dari otak ke saluran darah dibahagian muka hingga menyebabkan muka seseorang itu menjadi merah. Air muka yang muram menyebabkan seseorang merasa lebih tertekan manakala air muka yang ceria membantu menambahkan semangat. Namun begitu,keberkesanan dan kejayaan teori ini tidak dapat dijamin sepenuhnya kerana senyum itu kadang-kadang dibuat-buat atau disengajakan bagi melindungi perasaan marah atau kecewa.

 

Bagaimanapun terdapat juga alasan yang baik untuk memastikan bahawa muka yang gembira akan merangsangkan mood anda. Ia bukan sahaja menjadikan otak anda merasa lega tetapi turut membuat orang lain senang dan bersedia untuk berinteraksi dengan anda.