Koleksi Karya ini memuatkan beberapa karya terpilih di samping karya asal UNITY @nline. Sekiranya anda mempunyai sebarang karya yang ingin dimuatkan ke dalam ruangan ini, anda bolehlah mengirimkannya kepada UNITY @nline.
Sajak Imam Bukhari r.a
Di kala malam yang sunyi sepi Bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi musafir yang malang ini tersentak bangun pergi membasuh diri untuk datang menghadap-Mu tuhan
Lemah lututku berdiri di hadapan-Mu sedu sedan tangisku keharuan hamba yang lemah serta hina ini Engkau terima jua mendekat bersimpuh di bawah Duli Kebesaran-Mu
Tuhan Hamba tidak pasti bagaiman penerimaan-Mu di kala mendengar pengaduan hamba yang penuh dosa dan noda ini
Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan Engkau berjanji untuk sedia menerima pengaduan dan sudi memberi keampunan
Dan Muhammad Rasul-Mu yang mulia itu ada nyatakan: Ampunan-Mu Tuhan lebih besar dari kesalahan insan hamba percaya pada tutur kepastian itu sebab itu hamba datang wahai Tuhan bukan tidak redha dengan ujian cuma hendak mengadu pada-Mu tempat hamba kembali nanti memohon sakinah, maghfirah dan mutmainnah..
Sajak Syed Qutb
Saudara seandainya kau tangisi kematianku dan kau sirami pusaraku dengan air matamu maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh nyalakanlah obor buat umat ini teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya
Kematianku adalah suatu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merinduiku bahagialah hidupku di alam syurga biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar memancar...
Puteri Muslimat Sejati
Puteri muslimat sejati hidupmu ibarat Melati kembang subur di taman puteri harumnya tiada terperi
Hidupkan dirimu dengan taqwa jadikan ia bekalan utama dalam meneruskan cita mulia membangunkan ummah yang terlena
Puteri muslimat sejati lihatlah nun di sana ummahmu ditindas dan dikeji oleh musuh-musuh durjana
Demi Islam nan tercinta nyalakan obor buat mereka yakinlah tugasmu tugas mulia di sisi Tuhan ada ganjarannya
Jika kau turutkan kehendak zaman pasti kau leka dan alpa tugasmu sebagai tiang negara berkibar bersama namanya
Contohi peribadi muslimah sejati Siti fatimah tokoh serikandi tempahlah sejarah seperti dia hidupmu pasti bahagia
Air Mata Permata
Dalam tangis ada bahagia dalam tawa ada derita dalam dingin air mata ada rahmat dari Yang Esa
Dalam samar di malam hari dalam syahdu di kala sunyi rinduku tak tertahan lagi air mata tertumpah jua
Ku genggam tangan di dalam hati penuh pasrah pada Ilahi
Oh Tuhan tolonglah sambutlah tanganku ini tiada lagi yang ku pinta selain rahmat dalam redha-Mu agar nanti air mata jadi permata
Puisi Detik
Detik, saat dan ketika adalah tirai keinsafan kian terbuka astaghfirullah al-adzim rintihan sendu buat Ilahi
Detik, masa dan suasana dulu dan kini sesungguhnya berbeza alastubirabbikum, qolu bala shahidna biar ikrar digenggam tapi nafsu.. bagai kuda yang terlepas dari kendalinga
Detik, hari dan musim sejarah menjadi saksi teramat duka api percakaran, ribut perpecahan dan ghazwah-ghazwah aliran pemikiran yang melanda kita umat akhir zaman lalu..? bagaimana kita menyahut keluhan langit dan rintihan bumi ?
Detik masa dan peredaran tetap akan menjadi saksi kebangkitan Islam sebagai kehidupan menghancurkan taghut dan dujana syaitan paluan kemenangan telah bergema jesteru ? bangunlah dari tidurmu yang lama !
Untukmu Mujahidah Sejati
Mujahidah sejati intan permata mutiara mahkota seindah pelangi di cakerwala menghiasi taman indah nan permai
Mujahidah sejati engkaulah serikandi pembela agama peribadi solehah hiasan diri subur dengan iman dan ketaqwaan
Mujahidah sejati akhirat utama kerana dunia bukan pilihannya Mujahidah sejati hidupnya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa
Mujahidah sejati berbekal Al-Quran dan as-Sunnah bersulam pengorbanan bisa menggegarkan isi dunia
Mujahidah sejati terus subur mekar mewangi seindah suria menerangi bumi harapan ummah yang abadi
Mujahidah sejati menyoroti langkah Khadijah, Aisyah, Fatimah menjadi muqarrabin bermujahadah menuju cinta dan kasih Allah
Paras rupa bukannya ukuran nilainya sama di sisi Tuhan cuma ibadah yang membezakan wanita solehah di sisi Tuhan
Berhati-hatilah hasutan dunia kerana ia membahaya jangan dibiarkan ia bertakhta dalam diri dengan dosa-dosa
KEBANGKITAN Wahai saudaraku sedarlah dirimu Kembalilah pada Al-Quran dan Sunnah Hidupkanlah sejarah lama Di bawah kesatuan yang murni Cuba lihat Islam kini Di mana-mana sering ditindas Menjadi mangsa sang durjana Yang ego penuh kemungkaran Wahai ummahku yang telah sedar Bangkitkanlah temanmu yang alfa Leka dengan keindahan dunia Lupa akan kedatangan hari esok Kita satu arah, satu matlamat Punyai cita yang sama Membina semula Daulah Islamiyah Yang sudah lama hilang Wahai ummahku ingatlah selalu Kita berpadu atas dasar Allah Bersama Quran dan Sunnah kita beredar demi kejayaan...
SUARA KEBANGKITAN Melangkah bersama mengenggam azam Belukar diredah onak diharungi Matlamat diburu cita nan murni Menuju Daulah Islamiyah tercinta. Wahai ummahku marilah bersama Bersatu di bawah panji Islam Usahlah gentar musuh dihadapan Dalam menuju era kebangkitan. Lihatlah dunia kini segalanya di bawah kuasa Kuffar Kezaliman terus bermaharajalela Yang tertindas adalah kita. Tidakkah kau melihat Saudaramu di antero dunia Ditindas...dihina Penuh dengan penderitaan Wahai Tuhanku Yang Esa Bantulah perjuangan kami dalam mengembalikan kemurnian syariatmu Agar terbina suasana Islam Agar tertegak kalimahMu yang suci...
AYAH DAN IBU Wahai teman, dengarlah laguku ini Lagu dihayati jadikan iktibar Bersama kita realisasikan Taati ayah dan ibu Ayah.... Pengorbanannya besar sekali Mencari nafkah untuk keluarga Tak kenal erti penat lelah Demi keluarga yang dikasihi Ibu....... Tempatku bermanja selalu Mendidikku menjadi insan berguna Nasihatnya jadikan panduan Moga hidup penuh keberkatan Wahai temanku.... Janganlah engkau derhaka Pada ayah mahu pun ibu Nanti hidupmu akan sengsara Akhirat kelak dapat balasan Wahai temanku....ingatlah Berbuat baik pada keduanya Mendapat Ganjaran dari Yang Esa Kelak beruntunglah mereka.
NUR IMAN Hujan yang turun Membasahi tanah yang ketandusan Hidup suburlah segala tumbuhan Menyerikan alam ciptaan Tuhan Begitulah hati yuang kegelapan Tiada pegangan hilang pedoman Pabila iman menyinari hati Terbinalah keinsafan dalam diri Kegelapan yang meliputi hati Membawa kelekaan pada Ilahi Lupa akan dirinya sendiri Kelak pasti merugikan diri Keimanan yang menerangi hati Menjadi benteng pengawal diri Sifat Mazmumah dapat dihindari Mendapat ganjaran dari Ilahi Ya, Allah Tuhanku Yang Esa Ku tahu diri dan hidup ini Hanyalah sementara pinjaman semata Yang pasti kembali padaMu... Dari itu kurnikanlah padaku Keteguhan Iman kecekalan hati Dalam menghadapi onak perjuangan Moga mendapat keredhaan Moga mendapat kerahmatan..
SEPI SEORANG PERANTAU Pabila ku rasa kesepian Terasa diri keseorangan Seringku terkenang kampung halaman Jauh terpisah di seberang lautan Segala kenangan terpahat kukuh Walaupun jauh dari pandangan Namun tetap dekat di hatiku Takkan dilupa saat bersama Duhai ayah ..duhai ibuku Usahlah ditangisi pemergianku Iringkanlah doa bersamaku Moga jadi penawar rinduku Duhai teman ..duhai adikku Teruskanlah perjuangan dalam dirimu Bermujahadahlah dan berkorbanklah Demi mencari Keredhaan Allah Ya, Allah Tuhaku Yang Kuasa Berikanlah bantuan pada diriku Dalam mencari cahaya kebenaranMu Moga tertegaklah segala syariatMu..
(Khas ku tujukan buat adik-adik Puteri Nurul Ukhuwah 94 - 96) PUTERI NURUL UKHUWAH Mulanya kita bertemu Terbinalah ikatan mesra Menjalinkan ukhuwah sesama kita Terbinalah Puteri Nurul Ukhuwah Kami Puteri Nurul Ukhuwah Punyai motto tersendiri Tinggikan taraf insan melalui hiburan Itulah matlamat kami... Wahai muslimin muslimat semua Marilah bersama kami Kita perjuangkan cara hidup Islam Demi kejayaan bersama Kami Puteri Nurul Ukhuwah Membangunkan insan melalui hiburan Marilah bersama kita mengatur langkah Teruskan perjuangan... Di mana saja kita berada Di situlah perjuangan kita Berpandukan Al-Quran dan Sunnah Membentuk ummah berwawasan....
MENCARI REDHAMU Di keheningan malam sepi Duduk seorang merenung diri Melihat kebesaran Ilahi Terasa betapa kerdilnya diri Ya, Allah Rabbul Izati Berikanlah kekuatan diri Bantulah diri ini Menghadapi ranjau kehidupan kini Seringku terasa diri ini berdosa Tewas dalam melawan nafsu Pabila keinsafan menjalar di jiwa Terbina semula keazaman di hatiku Ya, Allah sesungguhnya hidup ini Hanyalah di bawah Kudratmu Ku tahu hidup ini sementara Kematian pasti menjemputku Dari itu redhailah perjuanganku Dalam memburu matlamat yang satu Akhirat jua yang pasti Syurga adalah idaman hati...