Make your own free website on Tripod.com

PENAWAR JIWA YANG HAKIKI

 

 


Adakah benar Agama dapat memberikan ketenangan jiwa? Kalau benar, agama manakah yang dapat menjadi penawar (penenang) jiwa yang sejati? 

 

Persoalan ini telah dibincangkan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia pada 8hb November 1997 yang lalu. Pentas kali ini adalah di  Kolej Kediaman Keempat yang dianjurkan oleh JKP Kerohanian Dan Etika kolej tersebut. Tajuk forum 'antara agama' tersebut berbunyi "Agama Penawar Jiwa".

 

Sebelum kita membincangkan bagaimana manusia dapat mencapai ketenangan sejati dengan beragama, eloklah dijawab terlebih dahulu kedua persoalan yang dikemukakan sebagai mukkaddimah.

 

Benarkah Agama dapat memberikan ketenangan jiwa?. Jawapannya "Ya",  kerana beragama adalah suatu fitrah bagi manusia. Sekiranya seseorang itu menafikan  untuk beragama, maka sebenarnya dia telah menolak satu daripada komponen fitrah yang wujud dalam dirinya, yang akan menyebabkan kegelisahan dan ketidaktenteraman. Merujuk pula kepada persoalan yang kedua, agama yang manakah dapat memberikan penawar (ketenangan) jiwa yang sebenarnya? Sebenarnya agama yang dapat menjadi penawar jiwa yang sejati adalah agama yang berdiri di atas satu asas yang benar. Asas yang benar ini adalah suatu bentuk keyakinan atau doktrin yang dapat menyakinkan akal dan dapat memenuhi fitrah manusia (naluri beragama) yang menginginkan pengagungan kepada sesuatu yang sempurna dan tidak terbatas. Asas agama yang dapat menyakinkan aqal manusia secara rasional dan dapat memenuhi tuntutan naluri beragama ini sajalah yang akan memberikan kepuasan dan ketenangan jiwa yang hakiki.

 

Manusia adalah makhluk yang terhad dan lemah lagi memerlukan.  Ini adalah sifatnya yang ianya tidak boleh elak.

 

Untuk mendapat penawar hati yang dapat mententeramkan 'jiwa' atau 'hati', manusia mesti mendapat jawapan kepada persoalan pokok (uqdatul kubra) yang dihadapi oleh setiap seorang manusia "Dari manakah asal manusia dan kehidupan ini? dan Hendak ke mana manusia dan kehidupan setelah ini? Untuk apa manusia dan kehidupan ini wujud?" 

 

Manusia perlu berfikir dengan mendalam dan mengkaji alam nyata dengan teliti.  Sebab jawapan kepada persoalan inilah yang akan menjadi asas kehidupan kita - yang akan menjadi garis panduan bagi kehidupan individu serta masyarakat.

Kebenaran yang pasti dan muktamad bagi asas kehidupan (basis of life; atau  dalam bahasa Arabnya adalah  akidah)  dapat diperolehi daripada agama Islam.

 

Dengan mengkaji  'alam nyata' (manusia,alam dan kehidupan) dengan komprehensif dan terperinci, melalui  kajian yang mendalam dan menyeluruh ternyata  bahawa :

q       tiada terdapat sesuatu pun di dalam alam ini yang tidak terhad, (lemah dan memerlukan)

q       tidak ada sesuatupun dalam kewujudan yang berkebolehan untuk menghasilkan sesuatu dari pada tiada kepada ada - walaupun sebutir beras!

 

Ternyata, bahawa Pencipta manusia serta alam semesta ini semestinya terletak di luar had alam ini, dan bersifat berlawanan alam ini yakni, tidak terhad, yang sebenar-benarnya berkuasa.  Islam menyatakan bahawa manusia,alam dan kehidupan ini dicipta oleh  Allah yang Esa (dalam bahasa Inggerisnya 'Creator'). Maka apa yang wujud sebelum kehidupan alam ini adalah Allah, dan Dialah di sebalik kehidupan alam ini, dan kekal serta wujud sendiri (tidak bergantung). Kehidupan ini akan ada penghujungnya dan setelah itu akan ada  hari pembalasan, yang mana manusia akan diadili segala amalannya di dunia, yang akan diikuti dengan kehidupan yang kekal  samada di syurga(heaven) atau di neraka(hell).

 

Perkara-perkara yang telah dibincangkan diatas sebenarnya adalah diantara isi kepada asas Islam. Dan sememangnya, asas Islam ini (Akidah Islam) adalah benar. Ia dapat dibuktikan secara rasional dan dapat memenuhi fitrah manusia untuk beragama dan seterusnya dapat memberikan ketenangan.

 

Islam melarang berakidah secara buta, ataupun ikut-ikutan (taqlid) ataupun berdasarkan kepada 'emosi' - jalan ke akidah al Islam mesti melalui cara aqal.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (wujudnya Pencipta (AL Khalik) dan Pengatur (Al Mudabbir) ) bagi orang - orang yang berakal. 

                 TTQ Al Imran(3) :190

 

Apabila dikatakan kepada mereka "Marilah mengikut apa yang diturunkan Allah dan mengikuti Rasul".Mereka menjawab "Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya".Dan apakah mereka akan mengikuti nenek moyang mereka walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula     mendapatkan        petunjuk?            

                 TTQ Al Maidah (5): 104

Ada dua ujian bagi mana-mana akidah ;

i.  Menyakinkan akal (iaitu ianya mesti betul dan rasional)

ii.  Ianya mesti bersesuaian dengan fitrah manusia.  Sekiranya kedua-dua sifat ini ada - maka akidah inilah yang benar dan akan mendatangkan ketenteraman kepada manusia.

 

Akidah Islam adalah unik, dan teguh lagi mutlak.  Ianya tidak pernah dikalahkan dan tidak dapat  dikalahkan selama-lamanya  sebab ianya berdasarkan kepada 'alam nyata' bukan perasaan, atau superstition, ataupun karut marut yang tidak ada bukti.  Maka, manusia yang ikhlas serta rasional, semestinya akan dapat melihat alam nyata, dan juga, tidak pernah berlaku peristiwa di mana seorang Muslim meninggalkan akidahnya secara intelektual.

 

Maka Akidah Islam adalah merupakan suatu kebenaran yang muktamad. Akidah Islam (kebenaran yang muktamad) ini tidak boleh diperolehi hanya dengan berdasarkan pemikiran yang cetek. tanpa penggunaan akal yang mendalam. Dalam membincangkan aspek Akidak Islam ini, kita tidak boleh lari daripadan membincangkan  hal-hal yang berkaitan dengan kewujudan tuhan, keperluan adanya utusan dari Nya, serta risalah yang dibawa oleh utusanNya. Islam mempunyai risalah yang  pasti kebenarannya iaitu Al-Quran.

 

Islam bukan sahaja memberi ketenangan kepada individu, malahan juga kepada masyarakat. Kerana Islam mempunyai sistem, yang mana sistem ini dapat memberikan penyelesaian kepada setiap permasalahan yang dihadapi oleh manusia. Islam adalah 'mabda' (Ideologi / Diin / the way of life). 'Mabda' di sini bermaksud satu cara hidup yang lengkap dan mencakupi Akidah (pegangan) dan sistem. Sistem yang terbit daripada Akidah Islam ini bukan hanya memberi penyelesaian  kepada kehidupan individu malah ia akan menjamin kesejahteraan masyarakat.

 

Adakah akidah yang kita pegang sekarang ini betul-betul meyakinkan akal kita secara rasional dan seterusnya memberi ketenangan jiwa? Sebagai seorang manusia yang dikurniakan tuhan dengan akal yang waras, lebih-lebih lagi pembaca dari kalangan siswa/i, cubalah gunakan dan gerakkan akal kalian untuk berfikir dan carilah kebenaran  yang pasti dan muktamad.

 

Kehidupan manusia memerlukan sistem untuk mengatur aktiviti-aktiviti yang timbul di dalam masyarakat. Kalaulah sesuatu agama itu tiada menerbitkan sebarang sistem, bagaimanakah ia dapat memberi penyelesaian kepada  permasalahan yang timbul di dalam  masyarakat? Maka bagaimana pula ia dapat memberikan penawar dan ketenangan diperingkat masyarakat? Sistem Kapitalis telah terbukti tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas manusia ( terutama keperluan rumah, makan dan pakaian yang cukup). Malah di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem kapitalis, jurang diantara golongan miskin dan kaya terlalu tinggi  malah sistem Kapitalis ini tidak dapat menyediakan satu medium yang sempurna untuk memberi ruang kepada individu di dalam masyarakatnya memperbaiki personaliti mereka. Apa lagi untuk  individunya membina akhlak dan pegangan yang sempurna.

Islamlah satu-satunya  ideologi/the way of life yang mempunyai sistem yang  menyediakan  medium atau suasana untuk individunya membina syakhsiyyah Islamiyyah (keperibadian Islam). Dan penawar jiwa yang diberikan bukan sekadar untuk kepentingan  individu, malah juga menyediakan penawar kepada masalah dan gejala di dalam masyarakat.

 

Kesimpulannya disini ialah, Islam (sebagai akidah dan sistem) sebenarnya penawar  jiwa yang selama ini dicari-cari oleh semua manusia di dunia ini. Dan sejarah telah membuktikan (yang langsung tidak dapat dinafikan oleh orang-orang Barat), bahawa di saat Islam menguasai 2/3 dunia,  rakyat yang hidup di bawah pemerintahan Islam ketika itu menikmati keadilan dan ketenangan jiwa yang sebenarnya. Maka marilah kita kembali berpegang teguh kepada Akidah Islam dan kembali mendirikan dan mengamalkan segala syariat (sistem-sistem) Islam. Dan Insyaallah, jika kehidupan Islam ini telah kembali kepada ummah Islam, maka kebangkitan Islam akan bermula. Malah Islam akan kembali mentadbir dunia dan di saat itu dunia akan kembali dilimpahi rahmat dan kemakmuran di bawah pemerintahan Daulah Islamiah.Dan di saat itu kita akan dapat merasai kembali 'ketenangan yang sejati'.

 

Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Muhammad)Melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi  semesta  alam                                                      TTQ Al Anbiyaa(21): 107

 

Umat ku Bangkitlah dan peluklah serta dirikanlah Diin mu dengan sebenar-benarnya. Allah telah menjadikan kamu sebaik-baik umat.

 

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah                            TTQ Ali Imran(3) :  110

 

[ TTQ - Terjemahan tafsir Al-Quran ]

 

 

Forum Intelektual Nusantara (FIN)

18 Rejab 1418 / 19 Nov 97