HIKMAH KEGAGALAN

 

“Katakanlah: Maha Suci Engkau, tiada ilmu (pengetahuan) bagi kami melainkan apa yang Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”[2: 32]

 

Teman-teman yang diingati. Semoga Allah tetap meredhai segala apa yang kita laksanakan seharian.

 

Tiap apa yang berlaku adalah ketentuan dariNya. Baik atau buruk, disukai atau tidak itu semua empunya kehendak Sang Pencipta manusia yang Kuasa. Yang hanya mampu kita lakukan adalah berusaha dengan seupaya yang mungkin. Dan setiap apa yang berlaku jua punyai hikmah yang tersembunyi di baliknya samada kita tahu atau tidak itu jua termasuk dalam pengetahuanNya. Jadi usahlah berduka dan berputus asa. Selagi mana kemampuan ada dalam diri selagi itu kita harus berusaha untuk melakukan yang terbaik. Inilah kata-kata pendahuluan yang boleh ana berikan setakat ini.

 

Saudara/iku yang dihormati,

 

Segala apa yang berlaku diharapkan dapat diambil pengajaran darinya. Bicara soal kegagalan bukanlah masalah kita perseorangan tetapi kebanyakan di antara kita. Bahkan apa yang dialami oleh umat Islam kini jua merupakan satu bentuk kegagalan, kegagalan dalam erti kata belum dapat menegakkan semula sistem Islam secara kaffah di muka bumi ini. Inilah realiti yang harus diterima. Sekiranya kita gagal hari ini kita kena pastikan dengan berusaha sedaya mungkin untuk memastikan kejayaan di masa depan. Mungkin dengan kegagalan ini Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran dan kesungguhan kita dalam menghadapi kehidupan di dunia. Kegagalan bukanlah bermakna kita ini atau kurang mampu. Mungkin kita lemah dari satu aspek dan mungkin kita lebih dalam aspek yang lain. Jadi gunakanlah aspek yang lain ini untuk membantu aspek yang lemah ini. Carilah perkaitan di antaranya . Moga teman-teman memahami akan maksud ana. Masalah adalah tangga pertama bagi kejayaan dan tiada kejayaan tanpa adanya masalah kerana kejayaan itu ialah dapat menyelesaikan masalah.

 

Sahabatku yang dikasihi,

 

Kegagalan yang mendatang ini seharusnya dijadikan satu siri tauladan buat perjuangan yang bakal dihadapi. Muhasabahlah diri, carilah kelemahan diri dan kesilapan yang telah kita lakukan. Koreksilah ia semoga ianya dapat memberikan kita sedikit motivasi untuk perjuangan hari ini. Buatlah penambahbaikkan di atas segala kelemahan yang ada. Mungkin sebelum ini kita banyak meluangkan masa dengan benda yang kurang bermanfaat. Atau mungkin sebelum ini kita lalai dengan bebanan luar yang diberikan sehinggakan terasa tidak punyai waktu yang cukup. Kiranya ini masalahnya, kikiskanlah ia dari kehidupan kita kerana jalan perjuangan ini masih terlalu jauh dan entah bilakan sampai ke destinasinya.  Ingatlah tidak seorangpun di dunia ini sempurna. Jadi cubalah sedaya upaya untuk meghampiri kesempurnaan. Harus disedari juga akan adanya Yang Maha Sempurna yakni Allah. Dialah yang berkuasa di atas segalanya. Mungkin selama ini kita telah melupakanNya dan telah gagal dalam mencari hubunganNya dalam kehidupan seharian kita. Ya...mungkin kita leka dengan apa yang ada sehinggakan kita tak berkesempatan untuk memohon bantuan dariNya. Pintalah bantuan dan petunjuk dariNya kerana Dialah Yang Maha Pemurah. Moga kita diberikan kejayaan sebenar buat siri kita dan umat Islam amnya.  Luangkanlah sedikit masa untuk bertemu denganNya di kala hati bercelaru dek cubaan yang mendatang.

 

Itulah sedikit bicara yang dapat kususunkan buat ingatan diri ini dan semoga ianya juga sedikit sebanyak memberi manfaat buat kita. Sebarang masalah sila berhubung dengan ana. InsyaAllah sekiranya dapat membantu. Dan sebelum mengakhir bicara ini harapnya segala kesilapan dapat dibetulkan. Semoga usaha sedikit ini memberikan saham buat kita di sana kelak. Dan tiadalah yang lebih pedih ana rasakan di dunia ini melainkan melihat saudara/saudari disakiti, dihina, dianiayai, diseksa, dibunuh, dipermainkan dan ditipu oleh musuh Islam. Nah, jesteru dari kondisi inilah tekad tertanam untuk melihat Islam kembali semula kepersada dunia yang fana ini dan ku menginginkan melihat saudara-saudari ku semua hidup di bawah naungan Islam secara kaffah di mana kehidupan di saat itu penuh keharmonian, kesejahteraan dan kebahagian serta mendapat rahmat dariNya. Dan saat itu jualah akan kita saksikan umat Islam bersama non-muslim yang turut bernaung di bawah panji Islam mendapat keadilan yang seharusnya. Semoga Allah membantu. Amin