Kekaburan Identiti Muslim..
 
Saudariku, 
     Sama sekali aku tidak mahu berburuk sangka dengan kalian.Aku berdiri di antara kalian dalam merenungkan keadaan kaum Muslim masa kini,betapa kurasa amat menyedihkan sekali.Bagaimana pandangan kalian?
 
     Aku berfikir dan mahu agar kalian masing-masing ,sama-sama merenungkan,mengapa ummat Islam hari ini terjauh dari rahmat Allah? Mengapa kita tertimpa dengan pelbagai malapetaka dari semua arah?Mengapa kita dikuasai oleh mereka yang kita namakan kaum kafir,iaitu penentang Allah dan RasulNya??Mengapa?Mengapa?Mengapa???
 
      Setidak-tidaknya mengikut hematku,makin diperdalam renungan tentang semua itu,aku menjadi semakin yakin bahawa segala persoalannya adalah ,kerana tiadanya identiti yng membezakan antara kita dengan orang kafir ,kecuali dari segi nama saja.Kita tidak kurang beraninya daripada orang kafir dalam menentang hukum Allah dan melanggar segala laranganNya.
 
Perbezaan -perbezaan kecil yang terdapat antara ummat Islam dengan orang kafir ,hampir-hampir membawa kita untuk tidak memperolehi pahala sedikitpun daripada Allah Subhanahuwata'ala.
 
Saudariku,
       Ummat Islam hari ini ,kebanyakkannya tidak melakukan ,melainkan apa yang dilakukan oleh orang kafir.Kita mengenali  bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah pensuruh Allah,tetapi kita menghindarkan diri daripada mengikuti sunnahnya,seolah-olah kita membencinya sebagaimana orang kafir memenci segala apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.Kita tidak jahil,bahawa
hukum membuka aurat di kalayak ramai adalah haram,tetapi masih ramai yang melakukan.Kita menyedari bahawa pergaulan bebas antara lelaki dan wanita bukan mahram sehingga melampaui batas syarak ,lalu terjadilah zina,homoseksual,lesbian,liwat dan sebagainya adalah perbuatan keji yang dilaknat oleh Allah,namun masih ada lagi insan yang  tidak takut akan  azab 
Allah ,tanpa segan -silu melakukannya.Mereka terus melakukannya,seolah-olah mereka sudah hilang rasa takut pada Allah Azzawajalla.
 
       Oleh itu,tidak hairanlah bila dengan tahap keimanan dan ciri keislaman yang sedikit saja melekat pada hati dan diri manusia, maka Allah akan menimpakan azab dan malapetaka pada kita semua semasa kita hidup didunia ini lagi.Jika berterusan begini,janganlah kita berharap agar
Allah akan melimpahkan rahmat pahala untuk kita ,seluruh ummat Islam, di dunia dan akhirat.
 
Saudariku,
      Sedarlah akan kalian ,bahawa dominasi kaum kafir terhadap ummat Islam ketika ini ,adalah merupakan satu azab dari Allah,yang dapat kita semua rasakan.Inilah akibat dari dosa-dosa kita semua yang tidak mahu hidup berlandaskan hukum Islam yang sebenar.
 
Saudariku,
      Semua yang telah aku coretkan ini adalah ,sama sekali tidak berniat untuk diarahkan pada sesiapa dan tidak bermaksud  untuk menyalahkan kalian semua.Aku hanya bermaksud untuk memberikan motivasi dan mendorong kalian kearah menguasai kembali tamadun Islam yang telah hilang. Satu tamadun yang satu ketika dulu merupakan cahaya yang menerangi seluruh alam dan menjadi sumber rujukan seluruh manusia.
 
      Seseorang tidak akan berfikir untuk memiliki kembali barang yang telah hilang,melainkan apabila dia telah merasai kehilangan sesuatu yang amat beharga,yang merupakan kunci rahsia kejayaan dan keagungan Ummat Islam.Oleh itu,kita semua seharusnya berfikir dan berusaha untuk mengembalikan kembali kehidupan Islam yang telah runtuh disaat ini.Bersama-samalah kita berjuang mendapatkannya kembali!!!