PETUA MENAWAN HATI SUAMI

 

1. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika tidak menyukai pilihan suami. ( pakaian, tempat makan, lauk pauk, tempat bercuti, dsb )

 

Adam: Banyak sang suami yang tidak suka ditegur, pantang ia kena tegur. Kalau nak pakai jubah hijau dan seluar jerut putih dah tak boleh cakap apa dah..kalau nak ke bangsar nak makan sup lidah, sanggup pandu dari Ampang Hilir.

 

Ini rahsia untuk sang isteri..puji suami dulu kemudian baru tegur...Contoh.." jubah hijau abang tu kena betul dengan seluar putih, nampak segak....T A P I kalau jubah putih dan seluar putih dan serban putih lagi molek kalah Tok Imam " bukan apa saya dah terkena banyak kali dah nak tarik muka masam pun tak jadi..

 

2. Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari sesuatu jika dia terlupa di mana dia letakkan barangnya.

 

Adam: Ini kes berat, kunci hilang !, stokin hilang, jam hilang, fail hilang ! Sebenarnya bukan hilang tapi letak salah tempat kemudian lupa tempat mana disimpan. Nak mudahkan cerita, buat satu sudut khas untuk suami lunggukkan barang barang. Kalau ada yang salah tempat sila cari di tempat yang paling tidak logik...kunci dalam peti ais, fail dalam almari bilik air, jam dalam bilik air....Tolong cari dengan diam diam...kalau waktu cari barang mulut bising...alamat lagi lama masa yang diperlukan atau langsung tak jumpa..

 

3. Berkongsi perasaan negatif dengan suami secara terbuka dengan tidak menyalahkan suami.

 

Adam: ini saya tak setuju sikit, kalau betul salah suami maka mesti disebuntukan jam tu jugak, jangan simpan dalam hati. Kalau orang lain yang salah, kalau suami rajin nak dengar maka ceritakanlah pada suami.

 

4. Jangan menyuruh suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukannya. Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

 

Adam: " Memanglah saya nak buang sampah ni tak payah lah sebut 10 kali" Hilang pahala nak buang sampah malam tu.. Kadang kadang perlu juga disebut sebut sebut kalau tidak maka tak akan dibuat. Contohnya membaiki sesuatu didalam atau diluar rumah. Pandai pandailah berhikmah. "Bilik air tu dah lama leaking tu, kan dah membazir, kan kerja setan membazir, dah kena bayar pada kerajaan, awak kan penyokong besar kerajaan, suka bayar bil banyak banyak" kalau tak dibaiki juga, maka panggillah tukang paip...

 

5. Elakkan dari membuat suami merasa tidak mampu / tidak layak / atau tidak berkebolehan.

 

Adam: ini pantang tok nenek..Ini juga boleh jadi gaduh besar perang dua tiga hari..."Aku dah beli rumah besar, kereta besar, t.v besar, rantai gelang besar, komputer besar, awak pun dah besar nak apa lagi......" Ini dah jadi bunga tahi ayam kata seorang sahabat. Salah satu ciri ciri isteri yang solehah ialah mengelakkan benda benda ni..

 

6. Kebanyakan suami merasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru itu isteri harus sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas dari suami. Kebanyakan suami memang kurang bercakap dengan isteri.

 

Adam: Ini asyik duk bergebang di telepon memanjang saja, kayalah telekom dan mobikom...Macamana nak duduk berkomunikasi kalau seorang asyik baca majalah dan seorang lagi bergayut di telepon dan geng geng sibuk main computer games..

 

7. Jangan cabar suami.

 

Adam: Ini kena tengok tempat dan keadaan. " Saya cabar awak basuh lantai lagi bersih dari saya" Kalau lantai tak berkilat macam cermin, jangan panggil aku Panglima Adam...huh" Cik cabar Abang upgrade ke Pentium 233, 56K modem, laser printer dengan flat bed scanner..." Ini dah mengarut dah..ni.

 

8. Bila berselisih faham / berkrisis / bertengkar dengan suami, fokus kepada masalah semasa dan jangan ungkit perkara yang lalu.

 

Adam: Ini amat susah dang bini nak buat..semua cerita pasal raya tahun 87 pun keluar, kisah perang zaman Tok Kaduk pun keluar. Ini sebab kalau bini marah kena keluarkan dan dilepaskan dikala itu juga supaya cerita cerita purba tidak lagi terbit. Kalau terbit jugak " Stop stop,kita dah gaduh pasal tu tak boleh sebut sebut lagi...perbahasan sekarang ialah pasal Suharto yang ingat dia macam Sultan dan raja....bla bla

9. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada suami sepenuhnya          setiap masa. Jangan suka mengenang "rekod lama" dan jangan melabel suami berdasarkan rekod tersebut.

 

Adam: Sama seperti no 8 diatas. Tak tahu lah apa sebab..mungkin dah jadi budaya kita...memang susah nak puji memuji diantara laki bini..Macam nak keluarkan emas dari mulut. " Syukur Alhamdulillah abang tak sesat dariiving kali ni di........." puji puji jangan tak puji.

 

10. Jangan engkar mengenai apa yang dipersetujui. Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan / mempamerkan persetujuan tapi tidak bertindak mengikut apa yang telah dipersetujui bersama.