Make your own free website on Tripod.com

ANTARA HADHARAH DAN MADANIYAH

 

Dari segi istilah terdapat perbezaan antara “Hadharah” dan “Madaniyyah”. Hadharah adalah sekumpulan mafahim (ide yang dianut dan mempunyai fakta) tentang kehidupan. Sedangkan Madaniyyah adalah bentuk-bentuk fizikal bagi benda-benda yang terindera yang digunakan dalam pelbagai urusan kehidupan. Apa yang jelasnya, hadharah itu bersifat khas (bagi suatu bangsa), sesuai dengan pandangan hidup yang dianutnya. Ini telah jelas buat kita umat Islam. Sementara itu Madaniyyah pula dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan. Yang pertama Madaniyah yang bersifat Am (umum) contohnya Kereta Kebal, Kapal Terbang bentuk-bentuk yang dihasilkan melalui Sains dan teknologi mahupun industri. Yang kedua, Madaniyyah yang dipengaruhi oleh hadharah. Contohnya pakaian yang bersifat(dipengaruhi oleh) Kristian ataupun Agama lain, Patung dan banyak lagi. Dalam keadaan ini, hanya madaniyyah yang bersifat umum boleh diterima oleh Islam. Dengan kata lain ianya milik seluruh umat manusia. Manakala, adalah haram untuk mengambil madaniyyah yang bersifat khas. Yakni yang dipengaruhi oleh kebudayaan atau mafahim barat (yang bukan dari Islam). Inilah secara ringaks berhubung perbezaan antara hadharah dan madaniyyah bagi persoalan seterusnya. Sebenarnya perkara ini telah ana jelaskan dalam artikel yang lepas (dalam Board Islamic).

 

Jadi dari sini kita secara akal yang waras dapat melihat di manakah kedudukan sistem Demokrasi. Adakah ianya terletak dalam kumpulan Hadharah ataupun Madaniyyah. Persoalan ini biarlah anda sendiri yang menjawabnya.

 

Berbalik kepada persoalan Demokrasi yang telah anda komentarkan sebelum ini. Pernyataan anda berhubung apa yang ana nukilkan sebelum ini dengan mengaitkan pernyataan ana adalah dari adik As-Syahid Said Qutb adalah bersalahan dengan pernyataan ana sebelum ini. Apa yang dinyatakan itu bukanlah datang dari ana mahupun sesiapa tetapi ianya telah jelas dicatat di dalam Al-Quran yang kita yakini secara Tasdiqul Jazim (sepenuh keyakinan) bahawa ianya datang dari Allah. Kesempatan ini ana tidak ingin memperbincangkan apa itu Demokrasi kerana ana berharap anda sendiri mengkajinya dari segi pengertiannya, sejarah kemunculannya,  sumbernya, tujuan kemunculannya, kesempuranaannya serta kepincangannya, aqidah yang melahirkannya dan perbandingannya dengan Islam. Benarkah Demokrasi dibolehkan dalam Islam ? Adakah ianya Tariqah untuk menegakkan kebenaran ? Samada anda percaya akan kaedah syarak “Apabila tidak akan sempurna sesuatu perkara itu tanpa ‘sesuatu’ maka ‘sesuatu’ itu menjadi wajib”. Tetapi ianya bukanlah kaedah yang boleh menghalalkan Demokrasi. Kaedah ini khusus kepada benda yang mubah bukannya yang jelas keharamannya. Di mana kita hendak letakkan kaedah syarak yang menyatakan “Al-wasilahtu ilal Haram, Haram” [Jalan yang menghampir/menuju kepada Haram adalah Haram] Dan tidak dapat diterima juga golongan yang menyatakan “Matlamat (Al-qhayyah) menghalalkan Cara (wasilah)” kerana itu bukan kaedah syarak.

 

Dalam perbincangan Demokrasi Haram. Ana telah berdepan dengan pelbagai macam alasan dalam usaha untuk menghalalkan Demokrasi. Antara alasan yang sering dikemukakan:-

 

                                                  1)   Sebab Kemaslahatan

                                                  2)   Menghindarkan musibah yang lebih besar

                                                  3)   Dharurat

                                                  4)   Tiada jalan lain atau jalan paling selamat

                                                   5)    “Kita tidak beriman dengannya dan kita guna untuk menghapuskan Demokrasi” - Dewan Ulamak Pahang

 

Itulah antara pernyataan alias hujjah yang sering dikemukakan untuk menghalalkan Demokrasi. Dan sekiranya kita meneliti setiap hujjah ini, maka ianya semata-mata datangnya dari akal manusia yang terbatas. Kalau adapun nash yang cuba diketengahkan, tapi nash-nash tersebut telah diletakkan dalam kedudukan yang salah dan tidak bertepatan dengan yang seharusnya. Bercakap soal Demokrasi, ada sesetengah yang terlalu fanatik sehingga apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka segalanya benar walaupun individu itu sendiri tidak mengkajinya terlebih dahulu. Ada juga yang masih kabur apakah itu demokrasi. Adakah ianya sistem pemerintahan atau sekadar sistem pilihanraya ? Ramai individu yang fanatik bila ditanya apakah itu demokrasi maka akan dijawab; pilihanraya. Benarkah ? Kalau setakat pilihanraya, ini dibolehkan dalam Islam tetapi bukanlah prosedurnya seperti yang diaplikasikan pada saat ini.  Kalau anda benar-benar ingin mengkajinya, InsyaAllah ana bole membantu sekiranya diperlukan.

 

Ana rasa itu saja jawapan ringkas ana berhubung komentar anda. Sebagai ulasan akhirnya, Demokrasi yang telah dijajakan oleh Barat yang kafir ke negeri-negeri Islam itu sememangnya adalah sistem kufur. Tidak ada hubungannya dengan Islam sama sekali, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Demokrasi sangat bertentangan dengan hukum-hukum Islam dalam garis global dan perinciannya, dalam sumber kemunculannya, aqidah yang melahirkannya atau asas yang mendasarinya, serta pelbagai ide dan peraturan yang dibawanya. Oleh kerana itu, kaum muslimin diharamkan secara mutlak mengambil, menerapkan dan menyebarluaskan demokrasi dan harus diingat bahawa itulah salah satu perancangan kafir barat utnuk memecahbelahkan umat  Islam seantereo dunia. Ingatlah pihak kuffar sedang memerhatikan tiap tindak tanduk kita melalui tangan-tangan mereka yang tersebar di merata dunia.