Pengertian Kewajiban Berjilbab


Dalam kehidupan umum, iaitu pada saat seorang wanita keluar rumah atau pun wanita di dalam rumah bersama lelaki yang bukan muhrimnya maka syara’ telah mewajibkan kepada wanita untuk berjilbab. Pakaian jilbab yang diwajibkan tersebut adalah memakai khimar/tudung, jilbab/pakaian luar dan tsaub/pakaian dalam. Jika bertemu dengan lelaki yang bukan mahramnya/keluar rumah tanpa menggunakan jilbab tersebut meskipun sudah menutup aurat maka ia dianggap telah berdosa kerana telah melanggar dari syara’. Jadi pada saat itu wanita Muslimah harus mengenakan tiga jenis pakaian sekaligus iaitu khimar/tudung, jilbab/pakaian luar dan tsaub/pakaian dalam. Khimar (tudung) Perintah syara’ untuk mengenakan khimar bagi wanita yang telah baligh pada kehidupan umum terdapat dalam surah An Nuur: 31. Kata juyuud dalam ayat tersebut merupakan bentuk jamak dari kata jaibaun yang bererti kerah baju kurung. Oleh sebab itu yang dimaksud ayat itu "hendaklah wanita Mukminah menghamparkan penutup kepalanya di atas leher dan dadanya agar leher dan dadanya tertutupi’’.


Berkaitan dengan ini, Imam Ali Ash Shabuni dalam Kitab Tafsir Ayatil Ahkam berkata: "Firman Allah, hendaklah mereka menghulurkan tudung mereka’’ itu digunakan kata Adh dharbu adalah mubalaghah dan di muta’adikannya dengan harf bi adalah memiliki erti ‘’mempertemukan’’, iaitu tudung itu hendaknya terhampar sampai dada supaya leher dan dada tidak tampak (juz 2: 237).Wanita jahiliyah berpakaian berlawanan dengan ajaran Islam. Mereka memakai tudung tetapi dilipat ke belakang/punggung dan bahagian depannya menganga lebar sehingga bahagian telinga dan dada mereka tampak (lihat Asy Syaukani dalam Faidlul Qodir dan Imam Al Qurtubi dalam Jaami’u lil Ahkam juz 12: 230). Di zaman jahiliyah apabila mereka hendak keluar rumah untuk mempertontonkan diri di suatu arena mereka memakai baju dan khimar (yang tidak sempurna)sehingga tiada bezanya antara wanita merdeka dengan hamba sahaya (Muhammad Jalaluddin Al Qasimi dalam Mahaasinut Ta’wil, juz 12:308).


Jilbab


Ada pun untuk mengenakan jilbab bagi wanita dalam kehidupan umum dapat kita perhatikan dalam surah Al Ahzab: 59. Allah SWT memberikan batasan mengenai pakaian wanita bahagian bawah. Erti lafadz yudniina adalah menghulurkan atau memanjangkan sedangkan makna jilbab adalah malhafah, iaitu sesuatu yang dapat menutup aurat baik berupa kain atau yang lainnya. Dalam kamus Al Muhith disebutkan bahawa jilbab adalah pakaian lebar dan longgar untuk wanita serta dapat menutup pakaian sehari-hari (tsaub) ketika hendak keluar rumah. Ummu Atiya Ra: "Rasulullah SAW memerintahkan kepada kami untuk keluar pada hari raya Idul Fitri dan Idul Adha, baik para gadis yang sedang haid mahupun yang sudah menikah. Mereka yang sedang haid tidak mengikuti shalat dan mendengarkan kebaikan serta nasihat-nasihat kepada kaum Muslimin. Maka Ummu Athiyah berkata: Ya Rasulullah, ada seseorang yang tidak memiliki jilbab maka Rasulullah SAW bersabda: ‘’Hendaklah saudaranya meminjamkan kepadanya’’ (HR Bukhari,Muslim, Abu Daud, Turmudzi dan Nasa’i).

Adapun jilbab/pakaian luar yang disyaratkan adalah:

  1. Menjulur ke bawah sampai menutupi kedua kakinya (tidak berbentuk potongan atas dan bawah, baik skirt atau seluar panjang sebab firman Allah SWT: ‘’Dan hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbabnya ke seluruh tubuh mereka’’, iaitu hendaklah dihulurkan jilbabnya ke bawah sampai menutup kaki bahagian bawah. Sebab diriwayatkan dari Ibnu Umar Ra yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
  2. ‘’Barang siapa menghulurkan pakaian kerana sombong maka Allah tidak akan memandangnya di hari kiamat. Ummu Salamah bertanya: ‘Bagaimanakah wanita dengan ujung pakaian yang dibuatnya?’ Rasulullah SAW menjawab: ‘Hendaklah dihulurkan sejengkal’. Ummu Salamah bertanya lagi: ‘Kalau demikian telapak kakinya terbuka?’ Maka jawab Nabi SAW: "Jika demikian perpanjanglah sampai satu hasta dan jangan ditambah’.’’ (HR Jamaah).


    Hadis ini menjelaskan bahawa jilbab dihulurkan ke bawah sampai menutup kedua kakinya. Meskipun kedua kakinya tertutup dengan kaus kaki atau sepatu, maka hal itu tidak menggantikan fungsi menghulurkan jilbab yang dihamparkan sampai ke bawah sehingga kakinya tidak tampak.

  3. Bukanlah pakaian tipis sehingga warna kulit dan lekuk tubuhnya tampak. Dari Usamah bin Said Ra:

‘’Rasulullah SAW pernah memberikan kain qibthi sejenis kain tipis). Kain ini telah beliau terima sebagai hadiah dari Dahtah Al Kalabi tetapi kemudian kain tersebut akan aku berikan kepada istriku, maka tegur Rasulullah kepadaku: ‘’Mengapa tidak mahu pakai saja kain qibthi itu?’’ Saya menjawab: ‘’Ya Rasulullah, kain itu telah saya berikan kepada istriku’’. Maka sabda Rasulullah: ‘’Suruhlah dia mengenakan pula baju di bahagian dalamnya (kain tipis itu) kerana aku khawatir nampak lekuk-lekuk tubuhnya’’ (HR Ahmad). Dan diriwayatkan pula dari Aisyah Ra (HR Abu Daud).


3. Bukanlah pakaian yang menyerupai laki-laki (seperti seluar panjang), tetapi bila sebagai tsaub/pakaian adalah boleh. Sebagai pakaian dalam, seluar panjang tersebut panjangnya
hendaklah lebih pendek daripada jilbab itu sendiri. ‘’Rasulullah melaknat laki-laki yang
berpakaian seperti wanita dan melaknat wanita yang berpakaian seperti pakaian laki-laki.’’
(HR Abu Daud).

4. Tidak memakai wangi-wangian yang sampai menyebarkan bau yang dapat menarik perhatian laki-laki. Sabda Rasul SAW: ‘’Siapa saja wanita yang memakai wewangian kemudian berjalan melewati
suatu kaum dengan maksud agar mereka mencium harumnya, maka ia telah berzina.’’
(HR Nasa’i, Ibnu Hibban, dan Ibnu Khuzaimah).



Pakaian tsaub Sedangkan kewajiban mengenakan pakaian tsaub (pakaian dalam, pakaian sehari-hari ketika di rumah yang tidak ada laki-laki asingnya)dapat dipahami berdasarkan pengertian dalalatul isyarah bahawa setelah dilepaskannya jilbab/pakaian luar bukan bererti wanita tua tersebut tanpa busana sama sekali. (Imam Muhammad Abu Dzahrah dalam kitab Ushulul Fiqh: 164-147, Abdul Wahab Khallaf dalam kitab Ilmu Usul Fiqh: 143-153, dan Syeikh Taqiyuddin an Nabhani dalam kitab Asyakhshiyah Islamiyah juz 3: 178-179).


Model dan cara pemakaian jilbab

Adapun mengenai model dan cara pemakaian dan jilbab haruslah sederhana dan tidak menarik perhatian baik dari segi warna mahupun bentuknya sehingga menarik perhatian laki-laki. Perhatikan Firman Allah SWT:

’Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah dahulu" (33: 33).

Dan diriwayatkan dari Ummu Salamah Ra: Nabi SAW pernah menemui Ummu Salamah Ra yang ada waktu itu sedang memperbaiki letak tudungnya, maka sabda beliau SAW, ‘’Lipatlah sekali jangan duakali’’ (HR Abu Daud). Jilbab, Contohnya, dapat digunakan dengan memakai butang, kain yang dilipat-lipat dan sebagainya, asalkan syarat jilbab tersebut di atas terpenuhi. Jadi tidak asal menutup aurat.


Dengan demikian jelaslah bahawa syara’ telah menetapkan bentuk khimar dan jilbab secara nyata. Khimar/tudung adalah kain yang terhampar dapat menutupi bahagian kepala (termasuk telinga selain wajah) sampai menutupi dada dan tidak menampakkan warna kulit.Sedangkan jilbab adalah baju kurung atau jubah yang tidak terputus dari atas hingga bawah. Jika pakaian penutup aurat berupa baju potongan, yang terdiri dari beberapa potongan makabukan termasuk dalam kategori jilbab. Jika wanita dalam kehidupan umum dengan tidak memakai jilbab dalam pengertian tersebut maka ia berdosa meskipun pakaiannya menutupi seluruh auratnya, sebab diwajibkan menggunakan pakaian luar yangdihulurkan ke bawah sampai menutupi kedua kakinya.


Kesimpulan


Dengan demikian telah jelas bahawa syariat berjilbabadalah wajib bagi kaum Muslimah sejak zaman Nabi SAW sampai sekarang.Jilbab dipahami sebagaimana adanya iaitu khimar, jilbab, dan tsaub. Jadi jilbab tidak hanya diwajibkan untuk wanita Muslimah di Malaysia, akan tetapi jilbab telah diwajibkan oleh syara’ bagi Muslimah Indonesia dan wanita Muslimah di seluruh dunia tanpa kecuali. Sehingga pernyataan penulis (Sayed Mahdi) telah menyimpang dari kaedah-kaedah syara’, iaitu:

  1. Al Quran tidak menyebut batas aurat. Bahkan para ulama —menurut penulis— pun ketika membahasnya berbeza pendapat. Memang dalam Al Quran secara eksplisit tidak menyebutnya, akan tetapi secara nyata telah memerintahkan kita agar mentaati apa-apa yang dibawa Rasulullah SAW (QS Al Hasyr: 7). Menurut Hadis riwayat Abu Daud: ‘’Wahai Asma, sesungguhnya wanita itu apabila telah menginjak dewasa (baligh/haid) maka tidak bolehnampak dari tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjuk pada wajah dan telapak tangannya’’. Dari Hadis ini para ulama salaf dahulu tidak berbeza pendapat bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Sedangkan perbezaan pendapat hanya terletak bahawa apakah muka juga termasuk aurat atau bukan sehingga pemakaian cadar pun masih diperdebatkan.
  2. Jilbab (terlepas dari bagaimana bentuknya).Pernyataan tersebut secara eksplisit mengandung pengertian bahawa syara’ tidakmenyebutkan model jilbab secara jelas. Padahal dari ayat di tas dapat difahami secara jelas bahawa syarat jilbab telah ditentukan oleh syara’.

  1. Pemakaian kaedah usul al hukmu yaduru ma’aillatihi wujudanwa ‘adaman, dalam kes jilbab ini bahawa jilbab sesuai dipakai dalam iklim kering dan panas ala gurun pasir Arabiyah dan sama sekali tidak kondusif di iklim tropis. Pemakaian kaedah ini mengandung kesalahan sebab ia hanya digunakan ketika hukum-hukum syara’ yang berkaitan dengan perbuatan manusia dalam hubungannya antara sesama manusia. Sedangkan masalah jilbab adalah hukum-hukum syara’yangberkaitan dengan pakaian. Dalam hal ini tidak boleh dicari-cari’illatnya/memang bersifat tauqifi sebagaimana adanya. Dengan kata lain tidak boleh dikaitkan secara mutlak (AnNabhani,Mafaahiim, hal 29-31).
  2. Kaedah usul yang menyatakan bahawa hukum dapat sebab berbezanya waktu. Kaedah ini salah kerana dua hal, iaitu

Pertama, pemunculan kaedah ini ada mulai zaman keruntuhan negara Khilafah Islamiyah pertengahan abad ke-18 Masehi. Pada zaman ini berbagai pemikiran yang menyimpang dari syara’ atas nama Islam telah banyak beredar di masyarakat. Jumlah para ulama pun yang selamat dari pemikiran yang rusak sangat sedikit. Sedangkanpenulis menukil pendapat ulama seperti Ibnu ‘Abdin yang hidup diabad 19 M yang kemungkinan beliau telah terpengaruh pemikiran yang telah menyimpang dari kaedah-kaedah syara’.

Kedua, kaedah usul ini amat berbahaya sebab hukum syara’ dapat berubah-ubah terus. Sedangkan ayat jilbab tersebut adalah qath’i. Yang seharusnya tidak memerlukan penafsiran lagi tentang kewajibannya. Bukankah Allah SWT telah berfirman:

"Dan barangsiapayang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya niscaya Allah memasukkannya ke dalamapi neraka’’ (QS An Nisaa’: 14).

Na’udzubillahi min dzalik!! Wallahu a’lam.

 

~Unity @nline~