Make your own free website on Tripod.com

Antara EGO dan KEBENARAN?

 

Saya percaya semua manusia ada EGOnya yang tersendiri. Oleh yang demikian, saya yakin kita semua pernah mengalami dilema di antara EGO dan KEBENARAN. Contoh yang paling mudah ialah; bila kawan kita sendiri menegur kita. Ada kalanya, kita amat sukar untuk menerima teguran itu. Dan mungkin ada yang sanggup untuk berkata, "Engkau tu siapa nak teguraku..." Benar bukan? Dan lebih tragik serta hebat apabila teguran itu diterima di hadapan orang ramai

 

Perbincangan : Apakah cara terbaik untuk 'deal' dengan dilema ini? Sesungguhnya yang pahit itulah penawar. Akhir kata, renunglah barisan ayat di bawah, dan ruangkanlah sedikit masa anda untuk kita berdiskusi. "Ibu dari segala ubat adalah sedikit makan, Ibu dari semua adab adalah sedikit bercakap, Ibu dari seluruh ibadat adalah takut berbuat dosa, dan Ibu dari segenap cita-cita adalah sifat sabar...." (Rasulullah s.a.w.)