Kongsi Masalah Anda

 
    Setiap insan yang dilahirkan ke muka bumi ini tidak pernah lari dari ditimpa masalah. Pelbagai bentuk masalah yang yang akan dihadapi di sepanjang kehidupan ini. Ini termasuklah masalah berhubung dengan peribadi, keluarga, taulan, masyarakat, negara dan lainnya. Apa yang pastinya, dampak yang timbul daripada masalah ini adalah 'tekanan'.

Melalui pengkajian yang dalam dan menyeluruh, pelbagai pendekatan penyelesaian masalah yang dapat ditempuhi. Salah satu daripadanya adalah dengan mengongsi masalah yang dihadapi dengan orang lain. Secara psikologinya perkongsian melalui luahan rasa sedikit sebanyak akan melegakan tekanan yang dihadapi walaupun ianya masih belum terjawap.

Atas dasar itulah ruangan Kongsi Masalah Anda telah diwujudkan. Dalam ruangan ini anda bebas untuk meluahkan masalah anda untuk dikongsi bersama dengan para pelawat yang lain. Sekiranya anda tidak ingin masalah anda dikongsi bersama para pelawat laman ini anda bolehlah berkongsi secara terus kepada Unity @nline.

Kepada mereka yang ingin memberikan pendapat, pandangan, komentar berhubung masalah yang diluahkan anda bolehlah hantarkan kepada kami melalui borang yang disediakan. Segala pendapat, pandangan atau komentar yang diberikan oleh para pelawat tidak mencerminkan pendirian sebenar Unity @nline kecuali dinyatakan

Masalah Teman Anda

Antara Syara' dan Keluarga

Berikut adalah Arkib masalah yang ingin dikongsi bersama oleh para pelawat. Sekiranya anda ingin memberikan sebarang komentar atau pendapat berhubung permasalahan yang anda minati sila gunakan borang yang telah disediakan.



Disediakan oleh Baitul Mawaddah 2000